Hati Mas Idayu Teruja Menanti Hari Ijab kabul; “Majlis Bersiram Pun Saya Dah Rasa Berdebar…”

Kurang dua minggu sebelum majlis akad nikah berlangsung, penyanyi dangdut, Mas Idayu mengakui perasaannya semakin berdebar-debar menjelang hari bahagianya nanti.

Mas Idayu bakal disatukan dengan Penerbit Eksekutif stesen TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada 16 September ini.

Teruja untuk melangkah ke fasa baharu selepas lebih 17 bergelar ibu tunggal, Mas Idayu atau nama sebenar, Mas Idayu Mesnun, 50, berkata dia sama sekali tidak menyangka perkahwinan kali keduanya mendapat perhatian ramai pihak yang sudi menaja.

Setakat hari ini, menurut Mas Idayu, sudah beberapa penajaan terpaksa ditolak secara baik memandangkan semua keperluan sudah dipenuhi.

“Saya bersyukur kerana perkahwinan kedua tak sangka akan dapat tajaan yang begitu besar. Dari RM7 juta, sekarang jumlah penajaan sudah hampir mencecah RM8 juta.

“Sehingga ke hari ini pun masih ada lagi pihak yang mendekati untuk menaja beberapa keperluan perkahwinan, namun saya terpaksa tolak secara baik sebab semua persiapan Alhamdulillah sudah disediakan.

“Bercakap tentang perasaan, memang saya rasa berdebar-debar tunggu majlis akad nikah nanti. Ibaratnya macam hati rasa tidak keruan, macam orang dulu-dulu kata, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena.

“Macam majlis bersiram hari ini pun saya dah rasa berdebar, apa entah lagi majlis pernikahan nanti,” katanya kepada MH.

Mas Idayu ditemui pada Majlis Bersiram di Telaga Bunga Spa, Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, pada Ahad. Majlis itu juga merupakan antara penajaan yang diterima penyanyi lagu Cintaku 100% itu menjelang hari bahagia.

Upacara bersiram itu turut dihadiri anak tunggal Mas Idayu, Nur Dayini Asyiqah, 24, yang turut sama mendoakan kebahagiaan ibunya kali ini kekal sehingga akhir hayat.

“Sejujurnya saya tak pernah nampak mummy (Mas Idayu) happy macam sekarang dan saya tumpang seronok untuk dia.

“Mummy adalah pernah cakap selain excited, dia juga rasa nervous sebab tinggal beberapa hari sahaja dan dia berharap agar majlis itu nanti akan berjalan lancar dan tiada apa-apa masalah yang berlaku.

“Dulu-dulu susah saya nak terima orang baharu dalam keluarga tapi bila dengan daddy (Sufian), hati saya first time terbuka untuk tengok mummy kahwin lagi.

“Sebab saya pun dah besar dan memang nak mummy happy sahaja sampai bila-bila. Semoga ikatan yang dibina mereka akan kekal sehingga ke akhir hayat,” kata Dayini.

Majlis akad nikah dan resepsi pasangan ini akan berlangsung pada 16 September di Magica Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Lebih mengujakan, majlis resepsi bertemakan dongeng dan fantasi bakal mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) yang hanya akan dided4hkan pada hari itu nanti.

Sekadar info, Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun bercer4i pada 2006.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqah, 24.

Sumber : https://www.mediahiburan.my/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber