Dapat Tengok Kereta Bawa Ker4nda Ratu Elizabeth II, Netizen Cakap Alif Satar Bertuah

Selebriti versatil, Alif Satar dan keluarga bertuah apabila berpeluang menyaksikan perjalanan akhir Ratu Elizabeth II sebelum dikebumikan pada 19 September ini.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Alif Satar®️ (@alifsatar)

Keranda Ratu Elizabeth II

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Alif, 31, tidak menyangka perjalanan mencari nasi briyani di Edinburgh, London, membuahkan kenangan bermakna buat mereka.

Kata pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar, dia berpeluang melihat sendiri perarakan kereta may4t yang membawa ker4nda Ratu Elizabeth ll merentasi ribuan rakyat.

Semalam (Ahad), kami tinggalkan hotel di The Gleneagles untuk Edinburgh. Sampai saja di Edinburgh, kami pun tingal kereta dan berjalan di bandar untuk cari lunch.

Sekali, tengah kami duk berjalan cari briyani (dah seminggu lebih tak makan nasi), tengok-tengok jalan semua tutup, nak lintas seberang jalan pun tak boleh sebab orang dah ramai.

Rupa-rupanya ada perarakan kereta yang membawa ker4nda Ratu Elizabeth II.

Satu percutian yang akan diingati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Alif dan isteri, Sha Dila Halid serta tiga anak sangat bertuah kerana dapat merasai sendiri pengalaman bersejarah.

Sebagai info, keranda Ratu Elizabeth II akan dibawa ke Windsor, untuk disemadikan bersebelahan dengan suaminya, Putera Philip, yang men1nggal dunia pada tahun 2021 di usia 99 tahun.

Menurut portal itu lagi, keranda mend1ang ratu diperbuat daripada kayu oak dan dilitupi bendera ‘Royal Standard’ Scotland dengan kalungan bunga diletak di atasnya.

Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir di Istana Balmoral, pada Khamis lalu.

Britain kini sedang dalam tempoh berkabung sehingga proses Pengebum1an Negara berlangsung pada 19 September di Westminster Abbey.

Sumber: Instagram @alifsatar

Sumber : https://ohbulan.com/
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber