Fazura Terima Potret Keluarga Kurniaan DYMM Sultan Selangor & Tengku Permasuri

Pelakon dan usahawan popular, Fazura melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah potret dirinya sekeluarga daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan isteri, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Norashikin Abdul Rahman pada Rabu.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 39, menyifatkan kurnian hadiah tersebut sebagai sebuah kenangan yang bermakna dan akan diabadikan dalam hidupnya.

“Patik sekeluarga merafak sembah serta menjunjung kasih di atas kurniaan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berupa sebuah potret kami sekeluarga yang sangat cantik.

“Patik sekeluarga berasa sangat terharu dan bersyukur di atas kurniaan yang amat bermakna ini.

Kenangan ini amat bernilai buat patik sekelurga dan akan diabadikan selamanya,” tulisnya pada kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Kehadiran Fazura ke Istana DYMM Sultan Selangor turut ditemani suaminya, aktor Fattah Amin, 32, dan anak perempuanya, Nur Fatima Aisya, 2.

Dalam pada itu, Fazura turut berkongsi beberapa foto lain di Instagramnya buat tontonan umum. Sementara itu, ruangan balas milik aktres cantik itu dipenuhi ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan kalangan peminatnya.

Terdahulu, umum sedia maklum, Fazura mempunyai hubungan baik dengan DYMM Tengku Permaisuri Selangor dan pernah menerima hadiah seperti syiling emas, beberapa naskhah buku dan rantai berlian untuk Fatima daripada Baginda Tengku Permaisuri.

Komen Netizen:

Sumber : https://gempak.com/
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber