Remaja reda koleksi K-pop dib4kar, faham bapa orang alim tak suka hiburan… Harap netizen tenang, tetap hormat mak ayah

RAMAI netizen yang ‘p4nas hat1’ dengan tindakan seorang bapa memb4kar koleksi barangan K-pop milik anaknya sendiri baru-baru ini.

Pelbagai pandangan dan pendapat dilontarkan mengenai tindakan sang bapa, malah perbuatan si ibu merekod t4ngisan anaknya dan berk0ngsi di TikTok turut mengundang kec4man ter0k.

Selepas beberapa hari, mStar berjaya menghubungi remaja itu sendiri bagi menyel4mi isi hatinya tentang ins1den berkenaan.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Bercakap kepada mStar, remaja berkenaan yang baru berusia 14 tahun itu berkata, dia mula menyimpan koleksi barangan K-pop sejak tiga tahun lalu.

Hanya mahu dikenali sebagai Tasha, dia menjelaskan bahawa perkongsian video di laman sosi4l itu sekadar suka-suka dan luahan kenangan p4hit buat dirinya bersama ibu.

“Ayah jenis yang boleh dikatakan alim orangnya. Jadi dia tak suka hiburan atau jenis macam ni (K-pop). Saya reda dengan apa yang jadi sebab tak nak sed1h lama-lama.

“Selama ni pun saya minat (K-pop) gitu-gitu je, tak lebih-lebih sangat. Lepas kejadian bak4r tu, saya jumpa ayah dan katanya ‘Tak payah dah Korea-Korea ni‘,” katanya ketika dihubungi mStar.

remaja minat kpop 2

Tasha mengakui sed1h tetapi reda dengan kejadian yang berlaku.

Walau bagaimanapun kata Tasha, buat masa ini dia masih mempunyai rasa minat terhadap K-Pop dan menganggap apa yang berlaku sebagai kenangan p4hit yang pernah dilalui.

“Masa mula-mula dapat tahu memang sed1h sebab beli mahal-mahal dan jurnal buat sendiri selain pemberian daripada kawan-kawan. Tapi lama-lama saya reda je,” ujarnya.

remaja minat kpop 3

Koleksi barangan K-pop yang dibak4r.

Menurut peminat kumpulan Stray Kids ini, sebahagian besar koleksi barangan K-Pop miliknya dibeli dengan hasil titik peluh menjual barang-barang seperti buku warna dan simpanan daripada wang belanja sekolah.

“Saya dan kakak berusia 16 tahun minat K-pop, tapi kami memang tak tunjuk minat tu kat ayah sebab tahu dia macam mana dan tetap respek dia.

Saya dan kakak minat K-pop, tapi kami memang tak tunjuk minat tu kat ayah sebab tahu dia macam mana.
TASHA

“Ayah tahu ada barang-barang ni sebab dia ternampak saya simpan kat satu tempat,” katanya yang juga meminati pelakon Korea Selatan, Park Bo-gum.

Dalam pada itu, pelajar tingkatan dua itu berterima kasih kepada netizen yang memberi sokongan dan kata-kata positif kepadanya.

remaja minat kpop 4

Serpihan koleksi K-pop yang berjaya diselamatkan.

“Saya amat menghargainya. Tapi jangan s4lah faham tentang yang b.akar itu siapa, saya bukan nak menga1bkan sesiapa.

“Ada yang sampai kata hantar terus mak ayah yang macam ni kat rumah orang-orang tua. Bagi saya ia agak keterlaluan.

“Tapi saya maafkan. Masing-masing ada pendapat mereka,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber