Nak jimat punya hal, pengantin m0nyok tengok inai sticker com0t! Saat akhir upah pelukis juga, dapat quotation terus setuju

PEMAKAIAN inai sememangnya menjadi antara perkara yang ‘wajib’ dilakukan oleh setiap bakal pengantin untuk menaikkan seri pada hari bahagia.

Tersal4h rekaan atau lukisan inai yang comot bukan sahaja mencac4tkan penampilan, malah boleh meros4kkan ‘mood’ pengantin dan menjadi kenangan pahit yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

Begitulah juga dengan kisah yang dialami oleh seorang pengantin perempuan ini.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Gara-gara mahu menjimatkan kos, lukisan inainya tidak cantik dan com0t kerana dilukis oleh seorang rakannya dengan hanya menggunakan pelekat inai (henna sticker).

Berkongs1 cerita dengan mStar, pelukis inai, Effa Yahya berkata dia diminta oleh pengantin perempuan berkenaan untuk membetulkan kembali inai pada tangan dan kakinya beberapa jam sebelum majlis nikah

“Saya dapat number customer (pengantin) daripada grup henna (inai). Dalam grup tu beritahu ada seorang pengantin yang perlukan khidmat membetulkan inainya yang c0mot dan akan bernikah pada petang Jumaat.

“Kebetulan saya lapang, jadi saya WhastApp dia dan tanya serba sedikit. Dia hantar gambar kaki dan tangannya yang sudah dilukis inai. Saya bagi quotation dan dia pun setuju.

“Esoknya, pukul 7 pagi hari Jumaat tu saya terus bergerak ke rumah pengantin kerana dia bernikah selepas solat Jumaat.

“Mukanya ketika saya sampai tu su.gul saja. Cerita pengantin itu, kawannya yang buatkan inai dan lukis guna sticker. Inai ini kalau sal4h teknik dan tak sesuai, ia jadi kembang… sebab tu hasilnya tak cantik,” cerita wanita berusia 33 tahun ini.

inai 2

Effa sudah enam tahun berkec1mpung sebagai pelukis inai.

Tambah Effa, menerusi penceritaan pengantin perempuan berkenaan, dia sudah menghubungi beberapa orang pelukis inai untuk membetulkan kembali inainya, namun hamp4 apabila permintaannya ditol4k kerana kekangan masa serta ada yang tidak mahu mengambil r1siko.

“Kasihan dekat pengantin… dia kata sampai tak lena tidur bila fikir lukisan inainya.

“Saya kebetulan berkelapangan, jadi apa sal4hnya saya cuba bantu. Saya pun pada mulanya risav juga, takvt bila sapu krim khas tapi inai lama tak hilang. Nanti nampak macam ‘double design’.

Wajah pengantin yang awalnya svgul pun bertukar ceria bila lihat hasil lukisan inai yang baharu.
EFFA YAHYA
PELUKIS INAI

“Sebab inainya baru lagi, jadi kalau pakai krim khas pun ia takkan hilang sepenuhnya. Alhamdulillah, ia pudar dan kelihatan samar-samar saja.

“Wajah pengantin yang awalnya svgul pun bertukar ceria bila lihat hasil lukisan inai yang baharu,” ujarnya yang menetap di Skudai, Johor.

Berpengalaman enam tahun sebagai pelukis inai di sekitar Johor, Effa berkata insiden berkenaan adalah yang pertama kali dialaminya.

“Saya saja muat naik dekat TikTok untuk kongsl pengalaman dan dalam masa yang sama nak sampaikan mesej kepada para bakal pengantin.

inai 1

Antara rekaan inai yang menjadi pilihan pengantin.

“Tak sangka ‘meletup’ dan ramai puji cakap cantik. Saya sebelum ini hanya pelukis inai biasa-biasa saja, tak dikenali ramai pun. Tapi selepas viral, ramai yang WhatsApp untuk menempah slot berinai. Alhamdulillah rezeki anak-anak.

“Mesej saya kepada bakal pengantin, tak ada mas4lah kalau nak berjimat tapi berpada-pada. Kalau nak pakai sticker, gunalah inai yang sesuai.

“Kahwin hanya sekali jadi pasti kita nak abadikan kenangan manis… gambar pun akan cantik bila photographer rakam. Kalau bajet kurang, anda masih boleh gunakan khidmat pelukis inai dan mereka tetap beri yang terbaik sebagaimana bajet anda,” ujar ibu kepada dua cahaya mata ini lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber