Pelitup muka tak lagi wajib dalam pesawat – Khairy

PEMAKAIAN pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pesawat, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Kesihatan dalam kenyataan pada Rabu berkata, protokol baharu itu berkuat kuasa serta-merta.

“Protokol baharu itu dibuat berdasarkan penilaian situasi semasa C0vid-19 serta mengambil kira keperluan terkini,” katanya.

Bagaimanapun katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menggalakkan pemakaian pelitup muka terus diamalkan bagi kumpulan individu yang bergejala seperti dem4m, b4tuk dan selsem4 dan individu beris1ko tinggi seperti warga tua, orang dengan peny4kit kr0nik.

Pada 7 September lalu, KKM mengumumkan kelonggaran mengenai pemakaian pelitup muka dan memut.uskan penggunaannya di dalam bangunan (indoor) adalah pilihan.

Tambah Khairy, kepu.tusan yang dibuat itu adalah menggunakan pendekatan berasaskan risik0 dan selepas mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang seperti pengudaraan yang baik dalam kabin dan penggunaan penapis melalui tapisan udara partikel keberkesanan tinggi (HEPA) untuk mengeluarkan bahan cem4r bawaan udara.

“Selain itu KKM turut mengambil kira susunan tempat duduk ke hadapan, kekerapan penjadualan disinfeksi kapal terbang serta beban kes C0vid-19 di Malaysia yang lebih terkawal ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, kelonggaran yang diumumkan itu juga selaras dengan syor kesihatan daripada negara seperti Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Australia, New Zealand dan Singapura.

“Keperluan pemakaian pelitup muka di dalam kapal terbang bagaimanapun masih tertakluk kepada syarat ditetapkan oleh negara yang dikunjungi,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber