“Bie tak tinggal awak yang” M4ngsa rentung dalam kemaIangan rupanya baru pulang umrah, sempat kongsi petikan doa di WhatsApp sebelum kejadian

AJAL jadi pemisah.

Begitulah kisahnya mengenai seorang lelaki yang kem4tian isteri dalam kemalangan di kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di Kulai, Johor, pada Sabtu.

Menerusi rakaman tular, Muhamad Redzuan kedengaran sedang meraung ketika isterinya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin berada dalam sebuah kenderaan terbakar.

“Allah, Allahuakbar. Yang, saya tak tinggal awak yang…Allah. Sumpah saya tak tinggal awak yang.

“Allahuakbar Itu bini saya bang… Allah Allah Allah,” jerit Muhamad Redzuan tidak jauh dari kenderaan berkenaan.

Dalam pada itu, sahabat kepada Allahyarham Nurul Nazihah turut berkongsi coretan sayu menerusi Facebook sejurus kejadian berkenaan tular dan menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.

kemalangan4

Posting Instagram Story terakhir mangsa.

Menurut pemilik Facebook Syafiq Shariff, mangsa yang senang disapa Azie baru sahaja pulang mengerjakan umrah, baru-baru ini.

“Mohon sedekahkan al-Fatihah buat sahabat saya Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang baru sahaja kembali ke rahmatullah akibat kemalangan di Highway Sedenak malam tadi.

“Arwah baru sahaja balik daripada umrah seminggu yang lepas. Sebelum arwah pergi ke umrah, arwah ada WhatsApp kami semua minta doa dipermudahkan urusan disana dan sekiranya ada nak sampaikan doa kat sana,” ujarnya.

Arwah ada update status kat story minta dipermudahkan urusan teman suaminya pergi appoinment dengan client.

SYAFIQ SHARIFF

Dalam pada itu, Syafiq Shariff berkata mangsa juga sempat memuat naik petikan, memohon perlindungan menerusi status WhatsApp sebelum kejadian berkenaan.

“Sebelum dapat tahu arwah meninggal, baru je beberapa jam sebelum tu tengok status arwah di WhatsApp.

“Arwah ada update status kat story minta dipermudahkan urusan teman suaminya pergi appoinment dengan client untuk urusan medical card dan hibah, dan arwah juga ada selitkan ayat cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baik pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

“Terlalu sebak melihat video suami arwah meraung. Allah. Salam takziah untuk keluarga Azie dan semoga keluarga Azie dan suami Azie tabah dan dipermudahkan segala urusan. Tenanglah di sana wahai sabahatku Azie,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, semakan mStar di laman Instagram mendapati Allahyarham kali terakhir memuat naik foto pada 28 September lalu, namun ada berkongsi Instagram Story pada hari kejadian.

Dalam posting terakhir pada feed Instagram pada 28 September, mangsa berkongsi foto dia dan suami di lapangan terbang, dipercayai sebelum mereka berangkat ke Makkah.

kemalangan3

Netizen membanjiri Instagram mangsa dengan ucapan takziah sejak lewat malam Sabtu.

“Saya, Nurul Nazihah dan suami, Muhamad Redzuan serta ayah, Kamalul Arifin dan ibu, Saliah… dengan rasa penuh kesyukuran di atas kebesaran Sang Pencipta yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani yang mengizinkan kami untuk menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi menunaikan Ibadah Umrah.

“Ini adalah Anugerah Allah yang Maha Agung buat kami sekeluarga. Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali saya. Segala salah dan silap, terkasar bahasa yang saya sedari mahupun tanpa sengaja dan terlepas pandang selama ini.

“Segala yang saya hajatkan, semua yang saya impikan, apa yang saya impikan, tidak akan terlawan dengan anugerah dariNya ini, yang tidak akan mungkin saya dustakan sehingga akhir hayat,” tulisnya dalam posting itu.

bomba padam

Pasukan bomba cuba memadam kebakaran.

Netizen juga dilihat membanjiri posting foto itu dengan ucapan takziah selepas kisah kem4tian mangsa tular sejak semalam.

Terdahulu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada 7.47 malam, Sabtu membabitkan empat kenderaan dengan dua mang sa m4ut rentung di lokasi kejadian.

Kemalangan membabitkan lori jenis Isuzu yang terbakar 70 peratus, Proton Wira dan Toyota Vios masing-masing 90 peratus, dan Proton Preve.

Mohd Fauzi berkata, mang sa yang m4ut ialah penumpang Proton Wira iaitu Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28.

Katanya, seorang lagi mang sa yang maklumatnya tidak diketahui berada dalam Toyota Vios yang turut terbabit dalam kema langan itu

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber