Abang Viva baru je kahwin. Sekali Isteri mula dedah perkara ini ‘hubungan on-off sebelum..’

NAMA Azwan Omar atau Abang Viva sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Terbaharu, aktivis yang aktif dalam misi banjir itu selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Evanoza Zakaria, pada 14 Oktober lalu.

Bertempat di Pejabat Agama Islam Melaka, Azwan yang menyerahkan mas kahwin sebanyak RM150, sebentuk cincin serta wang hantaran bernilai RM8,888 sah bergelar suami kepada Evanoza dengan sekali lafaz.

Dengan sekali lafaz, Azwan sah bergelar suami kepada Evanoza. Foto: Azizi Ang.

Bercakap kepada mStar, isteri Azwan yang juga jurulatih kecergasan mengimbas semula detik perkenalan mereka, kira-kira setahun lalu.

“Kami dah kenal setahun. Selain bekerja sebagai personal trainer, saya juga merupakan event organiser. Jadi, saya pernah jemput dia untuk program.

“Saya tak tahu dia nak berkenalan dengan saya masa hari pertama jumpa. Tapi setiap hari dia mesej, tanya khabar. Masa tu pula dia ada digosipkan dengan orang lain, jadi saya tak ambil port.

“Kemudian ada kawan minta saya tanyakan Azwan, untuk minta reviu. Saya jadi orang tengah. Dia juga pernah senyap sekejap dengan saya. Saya dengar dia dah nak kahwin, nak tamatkan zaman bujang. Ingatkan dia dah nak kahwin.

“Saya jumpa dia balik masa hari raya. Saya buat open house. Dia datang ketika majlis dah habis, dah waktu malam. Kawan-kawan masih ada cuma makanan dah tak meriah. Bermula hari tu, dia terus contact balik. Dia suka tanya khabar,” imbasnya.

Menurut wanita Melayu berda’rah campuran Portugis, Acheh dan Cina itu, mereka turut bertemu dalam satu majlis di Cheras, Kuala Lumpur pada 26 Julai lalu.

Selepas program berkenaan, dia dijemput untuk menyertai siaran langsung (live) TikTok oleh Azwan sebelum dilamar di hadapan netizen yang sedang menonton.

“Saya tak terfikir dia akan melamar masa live. Masa 26 Julai, kami ada event di Cheras. Saya dah habis event, dah nak balik. Lepas tu dia buat live, dia invite saya dalam live TikTok.

“Saya ingat dia main-main, dia cakap sudi tak awak terima. Saya berbahasa aku kau dengan dia. Saya cakap kau ni… Saya ingat dia gurau. Lepas tu dia repeat lagi sekali, baru lah saya rasa yang dia serius dan saya pun terima.

Menurut Evanoza, dia juga terbuka hati menerima Abang Viva kerana kesungguhannya, selain sikap prihatinnya dalam membantu masyarakat.

Evanoza juga tidak kisah untuk ikut serta dalam misi bantuan suaminya kerana dia sendiri pernah terlibat secara serius dalam lapangan kerja itu.

“Saya pernah ikuti misi bantuan banjir dengan dia sebelum ni. Pergi misi bersendirian atau dengan kawan-kawan pun pernah.
Kata Evanoza, dia tidak kisah untuk ikut serta dalam misi bantuan banjir bersama suaminya.

“Ketika banjir di Shah Alam, saya turun dengan kawan-kawan. Di Terengganu saya turun seorang diri. Saya juga ada pengetahuan untuk buat bantuan pernafasan kecem’asan (CPR). Ada background dalam misi bantuan.

“Jadi tak ada masa’lah untuk ikut serta. Sekiranya ketika kami keluar buat misi bersama, tiba-tiba ada orang nak bergambar dengan dia, saya faham dan tak cembu’ru.
“Saya tak adalah nak tunggu-tunggu. Bila orang panggil-panggil dia, saya buat kerja saya. Tiada masala’h,” ujarnya.

Pasangan ini dinikahkan di di Pejabat Agama Islam Melaka. Foto: Azizi Ang.

Mengenai resepsi, ia dirancang pada Disember depan namun belum disahkan memandangkan pasangan itu bakal sibuk dalam misi bantuan kerana banjir dijangka melanda tidak lama lagi.

Akhir bicara, Evanoza turut menitipkan ucapan terima kasih buat netizen atas doa-doa yang dikirimkan buat dan suami.
“Terima kasih sangat-sangat sebab doakan yang baik-baik. Semoga doa ini berbalik kepada anda semua dan kita sentiasa dilindungi,” ujarnya.

Kena kick dari grup WhatsApp, Abang Viva mula bersuara

SELEPAS dida’kwa berkahwin tanpa restu dan pengetahuan keluarga, Azwan Omar atau lebih popular dengan gelaran Abang Viva akhirnya bersuara menjelaskan situasi yang kini menjadi bualan hangat orang ramai.

Menerusi siaran langsung (live) di Facebook pada Jumaat malam, Azwan menjawab dak’waan tersebut dan dalam masa yang sama memohon semua pihak agar mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga.

Azwan juga meminta semua pihak memberikan dirinya ruang untuk menyelesaikan sa’lah faham yang berbangkit secara tenang dan tertutup bersama keluarganya.

“Saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik. Bagi saya dan keluarga ruang.

“Doakan kami dan kami akan bincang secara tertutup. Saya memang akan balik ke rumah ibu bapa, itu dah pasti… insyaAllah,” katanya dalam siaran langsung tersebut.

Mengulas dak’waan kononnya dia berkahwin tanpa pengetahuan ibu dan bapa, Azwan dengan tegas men’afikan perkara berkenaan selain turut menunjukkan paparan perbualannya bersama ibu di aplikasi WhatsApp, sebagai bukti.

Azwan bernikah dengan wanita pilihannya, Evanoza Zakaria pada 14 Oktober lalu.

“Saya bukan bernikah tanpa pengetahuan ibu dan ayah seperti yang diceritakan. Saya bernikah memang dengan pengetahuan ibu dan ayah.

“Saya dah beritahu ayah tiga kali yang saya nak berkahwin, manakala dengan ibu pula saya dah lima kali cakap nak berkahwin. Cuma mereka tidak bersetuju sangat dengan calon yang saya pilih.

“Kali terakhir saya beritahu (nak kahwin) adalah pada 12 Oktober (dua hari sebelum bernikah).

“Selepas nikah, pada 15 Oktober saya ada WhatsApp, 16 Oktober pun saya mesej beritahu dah kahwin. Saya hantar gambar kahwin saya dekat mak berserta video akad nikah sebab saya baru dapat waktu tu,” katanya lagi.

Untuk rekod, Azwan yang juga aktif dalam misi bantuan banjir selamat bernikah dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Evanoza Zakaria pada 14 Oktober lalu.

Tambah Azwan, dia dan isterinya sepakat untuk bernikah lebih awal dari tarikh asal yang sepatutnya dilangsungkan pada Disember, atas sebab-sebab tertentu antaranya mengelakkan fit’nah dan sala’h faham orang ramai.

Saya dah beritahu ayah tiga kali yang saya nak berkahwin, manakala dengan ibu pula saya dah lima kali cakap nak berkahwin.

Mengakui terkesan dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi kisah pernikahannya dan kon’flik dengan keluarga tular di media sosi’al, Azwan berkata dia terpak’sa membuat penjelasan menerusi siaran langsung bagi membetulkan s’alah faham banyak pihak terhadap dirinya.

“Ada tanya kenapa tak bincang dalam grup WhatsApp keluarga? Sebabnya, saya telah dikeluarkan dari grup. Saya kena kick oleh kakak sendiri.

“Ketika itu saya turun ke Baling, Kedah untuk misi bantuan banjir sekitar Julai lalu. Ti’pulah kalau tak ambil hati, tapi saya anggap ini uji’an selepas berkahwin.

“Saya akui, mak dan ayah nombor satu… saya akan balik. Tapi saya tak mahu cerita lebih, akan buka benda tak sepatutnya. Saya tak nak jadi seperti pihak sana. Mohon doakan yang baik-baik,” katanya lagi.

Hantaran oleh seorang wanita, dipercayai kakak Azwan di Facebook.

Terdahulu pada Jumaat, isu memb’abitkan Azwan hangat diperkatakan di media sos’ial susulan hantaran seorang wanita di Facebook, yang dipercayai kakaknya, iaitu Fauziyah Omar.

Dalam posting tersebut, wanita berkenaan mendakw’a Azwan berkahwin tanpa restu keluarga dan telah mengabaikan orang tuanya sejak berkenalan dengan isterinya.

Pendedahan kont’roversi tersebut mengundang spekulasi daripada netizen, lebih-lebih lagi Azwan baru sahaja melangsungkan pernikahan.

Untuk rekod, nama Abang Viva mula popular selepas dia menjalankan misi banjir solo di Selangor, Terengganu dan beberapa negeri lain awal tahun lalu.

kredit:mstar

Be the first to comment on "Abang Viva baru je kahwin. Sekali Isteri mula dedah perkara ini ‘hubungan on-off sebelum..’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*