“Bakat boleh as4h, paling penting wajah cantik dan kacak” – A. Aida cari pelakon baharu

PENERBIT Datuk A. Aida sedang mencari bakal hero dan heroin baharu menerusi sesi uji bakat dalam program Eksplorasi Komuniti Kreatif Keluarga Malaysia atau Ekspresi@Finas yang berlangsung pada penghujung minggu ini.

A. Aida yang merupakan ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) mempelawa orang ramai untuk turut serta dalam sesi ujia bakat itu yang turut disertai beberapa syarikat produksi seperti Skop Productions, Zeel Production, Orang Tree Production, Global Station termasuk syarikatnya sendiri, A. Aida Production.

“Uji bakat itu diadakan kerana kami ingin mencari pelapis baharu yang mungkin bakal menjadi hero dan heroin bagi drama terbaharu saya.

“Saya mahu mencari bakat baru yang berwajah kacak dan cantik… bakat itu saya boleh asah, tapi kalau yang datang itu punya pakej rupa dan bakat, sudah tentu mereka ada kelebihan,” katanya kepada mStar.

finas2

A. Aida yang juga merupakan Ahli Lembaga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

A. Aida berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Ekspresi yang diadakan pada Khamis.

Program Ekspresi bakal berlangsung pada 23 dan 24 Oktober ini di Kompleks Studio Merdeka, Finas Hulu Kelang, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, A. Aida berkata, dia tidak hanya mencari bakat baharu yang mempunyai jumlah pengikut ramai di media sosial kerana ia bukan faktor utama penentu sesebuah filem atau drama berjaya.

Ini kerana katanya, followers akan datang dengan sendirinya apabila berjaya menarik perhatian peminat selepas bergelar seorang pelakon yang mempunyai pakej lengkap.

“Seperti kawan saya, dia menerbitkan filem dan mengambil pelakon yang ada jutaan pengikut… sayang filem itu tidak laku di pawagam.

finas1

Sewaktu pelancaran program EKSPRESI@FINAS pada Khamis.

“Jadi bagi saya, followers itu tidak penting, apa yang mustahak dia mesti cantik, kacak dan ada bakat. Followers akan datang dengan sendirinya,” ujarnya.

KOMEN NETIZEN:

Sementara itu, selain uji bakat, program Eskpresi turut menampilkan pelbagai aktiviti seperti uji bakat suara latar, sesi tayangan dan apresiasi filem tempatan, ramah mesra bersama artis dan sebagainya.

Pelbagai hadiah menarik turut menanti pengunjung termasuk cabutan bertuah sepanjang program berlangsung.

Antara hadiah menarik yang ditawarkan termasuklah lima buah motosikal, televisyen berukuran 70 inci, pelbagai peralatan elektrik, pakej penginapan hotel dan banyak lagi.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber