“Sakit Pun Tenang Je Muka..”- Elfira Kongsi Tip ‘Push’ Saat Baby Dah Nak Keluar

Setelah melahirkan anak kedua Mei lalu, pelakon, Elfira Loy atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkongsi kepada umum pengalaman bersalin anak perempuannya, Nur Aria Mikayla.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh @elfiraloy

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Elfira di laman TikToknya, dia berkongsi beberapa tip yang dipraktikkan untuk melahirkan anak dengan lebih mudah dan apa perlu dilakukan saat menghadapi rasa sak1t bersalin dengan tenang.

“Ramai yang mintak tips untuk push, Alhamdulillah Allah permudahkan untuk El, dengan bantuan dari Midwife Puan Sharifah. Daripada video ini, korang boleh dengar sendiri cara Midwife El terangkan apa yang perlu buat sebelum push.

VIDEO 

“Nurariamikayla Jadi, inilah kisah kelahiran saya. Ramai yang mintak tips untuk push, Alhamdulillah Allah permudahkan untuk El, dengan bantuan dari Midwife el Puan Sharifah.

“From this video, korang boleh dengar sendiri cara midwife el explain what to do before push. El ingin share jugak untuk pregnancy kedua ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum, contraction ada tapi bukaan lambat. And el dah tahan sak1t berhari-hari tapi masih 2cm.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh @elfiraloy

“Tapi, bila bukaan dah hampir 6cm, el dah reducekan dosage for epidural sebab effect dia untuk el kalini, rasa lebih restless and macam tak boleh bernafas. Thats why towards the end, El dah boleh rasa contraction and mudah bila kita dah rasa ni.

“Kita boleh estimate bila nak push and sekuat mana kita push. Kalau tak, memang tak boleh nak rasa sendiri nak push sebab separuh badan numb. Dalam clip ni, korang ada nampak el senyum.

“Senyum sebab midwife dah pesan “Kalau muka buruk salahlah teran tu ” HAHAHA. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum. cuma control je. Kahkahkah

“El ingin kongsi juga untuk kelahiran kedua ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum, kontraksi ada tapi bukaan lambat,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, Elfira yang kini berusia 29 tahun itu turut menyatakan pengambilan dos epidural sangat membantu dalam proses melahirkan anak keduanya itu berbanding melahirkan anak pertama.

Katanya, proses untuk melahirkan menjadi lebih mudah dan boleh menjangkakan saat yang sesuai untuk menolak bayi keluar dengan menggunakan teknik yang betul.

“El dah tahan sak1t berhari-hari tapi masih 2 cm. Tapi, bila bukaan dah hampir 6 cm, El dah kurangkan dos untuk epidural sebab kesan dia untuk El kali ini, rasa lebih resah dan macam tak boleh bernafas.

“Sebab itu la, El dah boleh rasa kontraksi dan mudah bila kita dah rasa ni. Kita boleh agak bila nak push dan sekuat mana kita push. Kalau tak, memang tak boleh nak rasa sendiri nak push sebab separuh badan kebas.

“Dalam klip ini, korang ada nampak El senyum. Senyum sebab midwife dah pesan ‘kalau muka buruk salahlah teran tu’. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum, cuma kawal je,” ujarnya lagi.

“Tenang je El walaupun sak1t..” 

Sementara itu, diruangan komen, rata-ratanya memuji El yang begitu tenang sekali saat nak melahirkan bayi. Tiada pun bunyi suara yang kuat dan semuanya begitu lancar sekali.

“Hebatnya, bersalin pun tenang.”

“Weh dia tengah training atau memang dalam labor room tu.Tenang and relaks betul cara dia. Nak semangat macam tu juga!”

“Apa rahsia dia boleh tenang je eh? Kalau aku tu, dah bising satu wad dengan suara aku je.”

Sekadar info, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faris pada 1 Januari 2019 dan hasil perkahwinan itu, mereka juga turut mempunyai seorang anak lelaki, Rayyan yang kini berusia dua tahun.

Kredit: TikTok @elfiraloy

Sumber : Pa&Ma

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber