Lama Pendam, Fila Dan Suami Kongsi Perjalanan IVF Untuk Mendapatkan Zuriat

Kisah cinta Nur Afilah Amir Rusdi dan pasangannya Adama Mohamed Camara pernah menjadi sebutan kerana perbezaan dari segi budaya serta etnik. Baru-baru ini, Fila berkongsi di Tiktoknya  tentang perjalanan mereka sepanjang proses IVF, namun tidak berjaya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh MADAM CAMARA (@filaamir)

Menerusi perkongsiannya itu, pasangan suami isteri itu bersetuju untuk menjalani in-vitro fertilization (IVF) sebagai salah satu cara untuk mendapatkan cahaya mata. Tambahnya, dia perlu melalui beberapa ujian sebelum keputusan IVF dikeluarkan.

“Alhamdulillah, apa pun kami suami isteri percaya dan yakin dengan perancangan Allah. Kami bersyukur diberi peluang utk jalani IVF.

“Kami bersyukur diberi peluang utk usaha cari jalan. Perjalanan ni buatkan kami lebih kuat 💪🏼 buatkan kami lebih dekat dan kasih syg kami lebih mendalam”, katanya.

Walau bagaimanapun, keputusan yang dikeluarkan oleh pihak pusat perubatan menunjukkan usaha IVF mereka tidak berjaya. Tambah Fila, dia redha dengan perancangan tuhan dan bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menjalani ujian tersebut.

“Kami bersyukur juga dpt jumpa doctor baru ni, dh byk doctoc kami jumpa, sampai la doc ni

“InshaAllah Fila akan share our TTC and IVF journey dr 2019 dlu. dah lama ni simpan sorang2,doakan kami yee…”,tambahnya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh MADAM CAMARA (@filaamir)

Sumber : Instagram Fila Amir

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber