Jalani proses cucian dar4h, plasma exchange & buah pinggang terjejas, Ini Keadaan Terkini Nad Zainal

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainail atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal, 32 tahun.

Pelakon Ungku Ismail ada memberi satu update tentang keadaan Nad Zainal yang mana kini memerlukan satu lagi rawatan baru di ICU.

Jelas Ungku Ismail, doktor telah pun membuat rawatan baru kepada Nad Zainal, yang mana darahnya akan dicuci.

Ini perkembangan yang disampaikan oleh Ungku Ismail.

“Saya mahu memaklumkan perkembangan terkini tentang Nad, keadaan dia masih sama tiada banyak yang berubah.” 

“Cumanya kini pihak doktor akan mulakan satu prosedur rawatan yang baru. Yang mana darah Nad Zainal kini akan dicuci. Ianya macam dialisis tetapi bukanlah dialisis iaitu plasma exchange.” 

“Ini dibuat untuk clearkan lagi sebarang jangkitan dalam badan Nad.” 

“Itulah dia, ketika ini mungkin ada side effect, jadi lepas ini jadi lebih susah untuk jumpa dan melawat Nad Zainal.”

“Tetapi kalau tak jumpa pun tak apa, korang semua tetap boleh doakan Nad untuk terus kuat dan sembuh.” 

Dalam pada itu dari satu lagi kenyataan difahamkan dari ibu kepada Nad Zainal, yang disampaikan oleh Sherry Al Hadad serta Sharifah Shahirah, dikatakan buah pinggang Nad Zainal juga ada sedikit terjejas.

Malahan doktor pakar bahagian buah pinggang kini sedang merawat Nad Zainal.

“Mesej dari mak Nad Zainal, doktor dah call dia dah better tetapi ada sedikit terjejas di bahagian buah pinggang.”

“Apapun keadaan dia memang lebih baik dari semalam, Teruskan berdoa.” 

Ini ig story dari Shierajoy tentang perkembangan terbaru ini.

Itulah perkembangan terkini berkaitan Nad Zainal yang telah menerima rawatan sejak hari Ahad yang lalu.

Menerusi satu laporan, Ungku Ismail ada memaklumkan bahawa doktor menyatakan kemungkinan Nad Zainal terkena autoimmune disease.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber