“Saya Memerlukan Doa Kawan-Kawan, Peminat Nad Mendoakan Yang Baik-Baik,” – Bapa

Saya memerlukan doa kawan-kawan… semua orang mendoakan yang baik-baik.”

Demikian kata bapa kepada Nad Zainal, Zainal Abidin, 63, selepas pelakon itu dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di KPJ Ampang Puteri, sejak Isnin susulan masalah paru-paru berdarah.

Zainal berkata, dia berterima kasih kepada semua apabila ramai pihak yang ikhlas menitipkan doa buat anak tunggalnya itu.

“Saya percaya Nad juga memerlukan doa daripada kawan-kawan. Mereka (penggiat seni) semua datang berikan semangat kepadanya.

“Saya juga mengharapkan agar peminat dapat mendoakan yang baik-baik dan kesembuhan kepada anak saya.

“Terima kasih juga kepada peminat yang mengirimkan doa serta kata-kata yang baik. Malah saya dapat tahu ada juga kawan-kawannya yang mengadakan sesi bacaan Yasin hari ini, alhamdulillah,” katanya kepada MH ketika ditemui pada Rabu.

VIDEO 

Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian Ungku Ismail yang memaklumkan Nad berada dalam kritikal.

Pelakon drama Cina Buta itu terpaksa ditidurkan selepas dimasukkan ke ICU susulan mengalami paru-paru berdarah.

Sumber : MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber