Diana Danielle mengaku lihat perjuangan Anwar dari tahun 1980-an’, sekali lain yang netizan perasan

PELAKON Diana Danielle yakin dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baharu mampu membantu memulihkan keadaan ekonomi negara yang tidak stabil ketika ini.

Anwar yang sebelum ini pernah menerima beberapa pengiktirafan sebagai Menteri Kewangan terbaik sekitar tahun 90-an, sekali gus membuat Diana bertambah percaya dengan kredibiliti yang ada pada beliau.

Malah, aktres tersebut turut memuji perjuangan yang dibawa Anwar begitu konsisten.

“Saya melihat perjuangan yang dibawa Datuk Seri Anwar dari tahun 1980 hingga sekarang sentiasa konsisten dan perjuangan beliau tetap sama.
“Disebabkan konsisten itu yang buat saya yakin dan timbul kepercayaan dengan beliau sebagai Perdana Menteri.

“Dulu kita nampak beliau merupakan antara menteri kewangan yang terbaik di Asia dan pernah dinobatkan oleh beberapa pertubuhan luar negara sebagai menteri kewangan terbaik.

“Pada saya Malaysia perlu seseorang yang mampu pulihkan semula masa lah kewangan yang sedang di hadapi ketika ini dan Datuk Seri Anwar ialah orang yang dapat pulihkan keadaan tersebut.

“Saya hanya berharap sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang lain, saya tengok keadaan ekonomi yang sekarang semakin surut, maka beliau adalah pemimpin terbaik untuk selesaikan isu berkenaan,” katanya kepada Gempak.

Diana berkata demikian ketika ditemui pada acara Viu Upfront yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Farid Kamil itu berharap, Anwar mampu menyelesaikan masa lah kor upsi yang berlaku dalam negara.

“Saya hanya melihat daripada sudut ekonomi, saya tidak mengenali beliau secara peribadi.

“Malah untuk katakan seratus peratus perubahan yang positif akan dibawa oleh beliau dan pasukannya, saya tak berani untuk katakan.

“Negara kita sekarang ini memang sedang melalui fasa-fasa yang agak suk ar dan mata wang yang tidak stabil.

“Jadi macam mana nak atasi masa lah itu kalau masih wujud unsur-unsur korupsi dan racism.

“Saya harap beliau dapat selesaikan juga mas alah koru psi dalam negara ini, supaya negara ini bersih daripada isu-isu atau mas alah yang tidak elok,” tambahnya.

Netizan perasan Diana lahir 1991

“Kipas pun beragak la sikit. . Orang lain pun nak cari makan juga” komen sorang netizan

“awal sangat promo movie suami berlakon ni kak”

Farid Kamil Bawa Watak Anwar Ibrahim Sebab Nak ‘Cari Makan’, Diana Danielle Harap Jangan Pol1tikkan Isu
Umum tahu bahawa Farid Kamil telah dipilih untuk membawa watak besar di dalam satu filem berjudul ‘Anwar’ yang bakal ditayangkan kelak. Cara pertuturan dalam loghat utara yang hampir sama dengan tokoh polit ik itu itu membuatkan ramai bersetuju Farid Kamil memegang watak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun, Diana Danielle mohon orang ramai tidak menjadikan isu tersebut sebagai bahan poli tik.

Pelakon perlu cari duit

Menerusi laporan Gempak, Diana Danielle meluahkan rasa bangga kepada suaminya kerana telah terpilih membawa watak tersebut untuk dijayakan. Dia juga menyatakan bahawa suaminya, Farid Kamil, tidak merasakan ianya satu be ban apabila membawa watak sebagai tokoh poli tik Malaysia.

Saya sangat bangga dengan Farid. Dia ada bincang dengan saya sama ada perlu ambil ke tidak tawaran ini. Walau bagaimanapun, Farid tidak nampak ini seperti satu be ban yang besar buatnya.

Tambah pelakon Gol dan Gincu 2 itu, dia berharap tiada mana-mana pihak mempol itikkan kenapa suaminya itu menerima tawaran ini. Diana juga menyatakan bahawa suaminya cuma ‘cari makan’ demi meneruskan kehidupan.

Saya harap perkara ini tidak dipol itikkan.

Rentetan daripada itu, Diana sempat berkongsi bahawa suaminya itu tidak kelihatan seperti tertekan sepanjang menjayakan watak yang diberi dan mungkin kerana memang caranya yang suka simpan sendiri.

kredit: asto gempak, ohbulan

Be the first to comment on "Diana Danielle mengaku lihat perjuangan Anwar dari tahun 1980-an’, sekali lain yang netizan perasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*