“Jangan Cari Pasal” – Netizen Risau Shaheizy Sam Slumber Buat Lawak Minta Payung Emas Untuk Syatilla

Beberapa hari yang lalu, pemain kelab bolasepak JDT, Safawi Rasid sudah pun selamat diijabkabulkan dengan Syifa Melvin.

Seperti yang kita tahu, Syifa merupakan adik kepada pelakon, Syatilla Melvin yang juga merupakan isteri kepada Shaheizy Sam.

Sam buat lawak minta payung emas untuk Syatilla

Terbaru, Sam berkongsi satu video membuat persiapan dengan mencari pakaian sempena meraikan majlis pernikahan Safawi dan Syifa menerusi TikToknya.

Menerusi video tersebut dapat dilihat Sam begitu segak sambil mengenakan samping berwarna putih.

Sam juga sempat bergurau dengan cara meminta ‘payung’ untuk diberikan kepada isterinya, Syatilla.

Ada payung tak? Payung, ada jual payung? Warna emas, bagi isteri saya.

Terdahulu Dengan sekali lafaz, bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid akhirnya sah menjadi suami kepada pelakon dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin.

Syifa, 28, atau nama sebenarnya, Nur Syifa Athirah Amirul Melvin dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Khairil Nizam yang mewakili bapanya, Amirul Melvin Abdullah.

Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup di Hotel Hilton, Petaling Jaya yang dihadiri oleh keluarga terdekat.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Sam yang bergurau dengan isterinya itu.

Kredit: TikTok Shaheizy Sam

Be the first to comment on "“Jangan Cari Pasal” – Netizen Risau Shaheizy Sam Slumber Buat Lawak Minta Payung Emas Untuk Syatilla"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*