“Penat kena bvli”… Kazar mahu berehat, harap keadaan jadi lebih baik

PENAT berdepan kontro.versi perkahwinan anaknya iaitu Ira dengan Syamsul Yusof, pelakon Kazar Saisi memberitahu dia ingin berehat sebentar daripada media sosi.al.

Kata Kazar, 63, dia sudah penat dibu.li netizen dan berharap keadaan menjadi lebih baik selepas ini.

kazar1 - 1

Hantaran yang sempat dimuat naik di instagram miliknya.

“Rehat jap. Penat kena bu.li. Huhu. Jumpa lagi di masa yang lebih baik akan datang,” tulisnya menerusi laman Instagram.

Bagaimanapun, tinjauan mStar mendapati hantaran yang dimuat naik dengan foto langit gelap itu telah pun dipadam.

Pada Isnin, mStar berkunjung ke kediamannya untuk mendapatkan keterangan pelakon drama Susuk itu.

Namun usaha mStar tidak berjaya kerana Kazar kini berada di Ipoh, Perak bagi menjalani penggambaran sebuah drama.

kazar2 - 1

Kazar mohon diberikan masa untuk mengulas tentang pernikahan anaknya.

Kazar kemudiannya berjaya dihubungi menerusi panggilan telefon dan memberitahu dia memerlukan masa untuk mengulas berkenaan pernikahan kontro.versi membabitkan anaknya, Ira Kazar dan pengarah Syamsul Yusof.

Pada Jumaat lalu, Syamsul mendedahkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar dengan berwakil walikan Kaizar Saisi di Thailand.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber