Ada pihak hlna p0ligami di media sosi4l, Ini nasihat padu Nora Ariffin

KEMELVT rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof sentiasa mendapat perhatian ramai sehingga ia menjadi perdebatan serta perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Melihat kerancakan netizen memperkatakan tentang isu itu di media sosi al, penyanyi Datuk Nora Ariffin berharap masyarakat menjaga percakapan serta tidak meninggalkan komen je lik berhubung masa lah dihadapi pasangan berkenaan.

Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 49, berkata, dia bimbang sekiranya kegairahan warganet meninggalkan komen yang tidak berpuas hati mengenai poligami, ia bimbang akan memakan diri mereka sendiri.

“Hati-hati… Dalam kita seronok mengata, menghi na, melabel orang lain sebab takut tanpa kita sedar, kita jugalah adalah produk hasil perkahwinan poligami yang diamalkan zaman dulu-dulu lagi.

Nora berkongsi pandangannya dengan pengikut di media sosi al.

“Kemungkinan ibu kita atau kita juga adalah hasil daripada perkahwinan dari isteri kedua, ketiga atau keempat. Kita tak tahu juga,kan?,” katanya.

Nora berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, Nora berkata, perasaan marah atau tidak puas hati terhadap poligami itu adalah perkara biasa namun perlu berhati-hati agar tidak menghi na keluarga sendiri.

“Sanggupkah kita menghi na ibu kita sendiri, mentua kita atau nenek moyang kita dengan panggilan penyon dol, peram pas dan sebagainya?

“Beremosi sikit-sikit okay, geram, marah, tak suka itu fitrah tapi biarlah berpada-pada,” ujarnya.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan Nora malah menganggap setiap perkara yang berlaku sudah menjadi ketentuanNya.
Nora dan suami, Dr Rushdi Ramli.

Pun begitu, ada juga yang seakan tidak sependapat dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Desa Tercinta itu.

“Setuju dengan kata Nora, jangan lebih-lebih sebab kita sendiri pun ada anak-anak.

“Nak kahwin empat tak salah, tapi membelakangkan isteri itu yang salah.

Poligami tak salah kalau ikut undang-undang yang dibenarkan.

“Semuanya ketentuanNya, jangan mengata. Hari ini kita isteri pertama mana tahu nasib ke depan kita pula jadi kedua,” antara komen netizen.

kredit:mstar

Be the first to comment on "Ada pihak hlna p0ligami di media sosi4l, Ini nasihat padu Nora Ariffin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*