Kenali Siapa Sophia Albarakbah, Pelakon Drama Hadiah Dari Tuhan

Gara-gara pendedahan penyanyi, Bella Astillah mengenai tindakan seorang pelakon wanita yang didakwa cuba mendekati suaminya, Aliff Aziz, nama pelakon Sophia AlBarakbah menjadi sasaran netizen.

Sophia yang dilaporkan sedang menjalani penggambaran bersama Aliff menerusi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah dilaporkan sudah mengehadkan komen di Instagram.

Bagaimanapun, semakan ke ruangan komen mendapati ada netizen yang sempat meninggalkan komen pada hantaran gambar yang dimuat naik Sophia pada 11 Januari lalu.

“Saya peminat anda. Tolong jangan dengan suami orang. Tolong sangat,” tulis seorang pengikut.

“Datang dari TikTok. Yang ini ke weh? Ke orang lain?,” komen netizen.

“Jangan ambil suami orang,” komen seorang netizen.

Sebelum ini nama Sophia dan Aliff menjadi bualan ramai dalam media sosial selepas tular video promosi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Babak romantis dalam video itu mencetuskan rasa kurang senang ramai apabila Aliff dilihat menyentuh rambut Sophia sekali gus mewujudkan kebimbangan umum yang risau episod hitam Aliff sebelum ini berulang kembali.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Sophia bagi mendapatkan kenyataannya berhubung perkara itu tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.

Siapa Sophia Albarakbah? Beliau merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang mula menceburi dunia seni tanah air sejak tahun 2019.

Beliau kini dikenali menerusi drama rantaian Hadiah Dari Tuhan yang sedang bersiaran di saluran TV3, serta Tercipta Satu Ikatan di Astro Ria.

Biodata / Profile / Latar Belakang

Menggunakan nama komersial, Sophia Albarakbah.

Berumur 28 tahun (2021).

Kelahiran Kuala Lumpur.

Mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik di International Medical University.

Bergiat aktif sebagai pelakon sejak tahun 2019.

Memulakan langkah dalam dunia seni dengan menghiasi pelbagai iklan komersial ketika masih menyambung pengajian.

Mula menempa nama selepas membintangi drama Tercipta Satu Ikatan siaran slot Megadrama, Astro Ria.

Antara lain, beliau juga muncul dalam drama bersiri Hadiah Dari Tuhan tayangan TV3. Pembabitan di layar perak menerusi filem Mimaland, Pasal Kau! dan 18.

Akaun Instagramnya atas nama @sophiekoshka sehingga ini mencatatkan lebih 129,000 pengikut.

Fakta Menarik

Berda rah campuran Melayu, Arab dan Cina.

Pernah tersenarai sebagai Top 20 dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33).

Tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan.

Menimba ilmu dalam bidang seni menerusi kelas lakonan bersama Farah Ahmad.

Enggan berbicara lanjut soal jodoh kerana ingin memberi tumpuan penuh pada bidang lakonan yang diceburi.

Sophia, Aliff kerja secara profesional – Osman Ali
Pengarah filem juga drama terkenal, Osman Ali mengakui langsung tidak tahu menahu tentang hubungan yang wujud antara pasangan hero heroinnya, Sophia AlBarakbah dan Aliff Azizi sehingga menimbulkan kekecohan sejak pengakuan panas Bella Astillah, Ahad lalu.

Osman ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia tidak melihat petanda ‘pe lik’ membabitkan Sophia dan Aliff ketika berada di lokasi penggambaran naskhah naskhah Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonan Sophia dan Aliff Aziz sebagai pasangan kekasih.

“Saya tidak mahu campur urusan peribadi mereka. Tapi setahu saya, kedua-duanya tidak ada apa-apa hubungan.

“Apa yang saya lihat, baik Sophia mahupun Aliff, mereka bekerja secara profesional ketika berada di set penggambaran,” ujarnya.

Tambah pengarah filem Telaga Suriram itu lagi, dia tahu tentang pengakuan yang didedahkan oleh isteri kepada Aliff iaitu Bella tentang seorang aktres yang bergandingan dengan suaminya dalam sebuah drama mengakui menyukai Aliff secara terbuka kepadanya.

Namun, Osman enggan tidak tahu siapa pelakon yang dimaksudkan Bella dan enggan menuduh siapa-siapa.

“Saya tidak tahu pelakon yang Bella maksudkan itu siapa. Saya tidak mahu menuduh sembarangan, takut jadi fit nah nanti,” ujarnya.

Ketika disoal tentang kelakuan antara Sophia dan Aliff ketika berada di lokasi penggambaran, Osman berkata dia tidak melihat ada masa lah antara kedua-duanya.

Kemesraan yang ditonjolkan antara kedua-dua pelakon itu hanya ketika bekerja demi penghayatan watak masing-masing.

“Saya tidak nampak ada masal ah antara mereka berdua. Mereka cuma berlakon sahaja dan perlu menyukai sesama sendiri.

“Kalau berlakon bercinta, kena betul-betul bercinta. Tapi perasaan suka itu tidak perlu dibawa sehingga keluar set penggambaran. Hanya dalam watak sahaja,” katanya.

Sehubungan itu, Osman mengakui berasa sedikit hairan dengan berita yang dilaporkan tentang Sophia. Dia sekali gus menolak sengaja mahu mencipta cerita sebegitu untuk meraih publisiti drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

“Saya hairan dengan berita yang dilaporan. Kami tidak buat publisiti untuk drama ini. Bagi saya, itu satu perkara yang tidak sepatutnya dijadikan bahan cerita sebab boleh meros akkan reputasi pelakon.

“Jadi tidak adil bagi mereka kerana masing-masing sedang bekerja. Mereka suka hanya dalam lakonan sahaja.

“Saya tidak nampak antara Sophia dan juga Aliff, mereka ada hubungan peribadi. Memang tidak ada. Jadi saya harap cerita ini dihentikan,” ujarnya.

Terdahulu, nama Sophia yang pernah membintangi filem Mimaland tiba-tiba meledak selepas Bella mendedahkan seorang heroin sebuah drama mengakui menyukai Aliff selepas mereka bergandingan dalam sebuah naskhah.

Tanpa mendedahkan nama, Bella bagaimanapun menasihatkan aktres tersebut menjaga maruah diri sebagai seorang wanita dan berhenti mengganggu lelaki berstatus suami orang.

Gara-gara pendedahan tersebut, netizen mengesyaki pelakon wanita yang dimaksudkan Bella ialah Sophia memandangkan kedua-duanya bergandingan dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah sehingga pelakon berusia 29 tahun itu dikecam hebat netizen

kredit: kosmo

Be the first to comment on "Kenali Siapa Sophia Albarakbah, Pelakon Drama Hadiah Dari Tuhan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*