Bawa Ibu Masing2, Anak-Anak Jamal Abdillah Rai Kemenangan Di Kedai Mamak

Final rancangan realiti nyanyian Famili Duo yang berlangsung pada Ahad lepas masih lagi terasa bahangnya dengan kemenangan tempat pertama diraih oleh anak-anak bujang penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah iaitu, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani.

Baba datang ‘support’

Kehadiran bapa mereka yang menyaksikan pasangan adik beradik itu meren tap bagi merebut hadiah kemenangan iaitu wang tunai berjumlah RM100,000 menjadi pemangkin buat mereka untuk juara.

Rai kemenangan bersama ibu masing2

Apa yang menjadi perhatian ramai sudah tentu ibu masing-masing yang turut hadir memberikan sokongan saban minggu buat dua penyanyi ini.

Dalam satu perkongsian yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai @eijasignature, pasangan adik beradik tersebut telah meraikan kemenangan di kedai mamak bersama ibu-ibu mereka.

Sambut dekat mamak je

Dapat dilihat mereka begitu gembira dengan memotong kek dan bertepuk tangan menandakan betapa gembiranya apabila usaha keras selama ini berhasil.

Lebih membahagiakan adalah hubungan kekeluargaan kembali erat seperti mereka diwaktu kecil dahulu selepas lama terpisah memandangkan mereka tidak tinggal bersama.

Semoga mereka terus bahagiakan ibu masing2

Perkongsian tersebut telah menuai pelbagai komen daripada warganet yang rata-rata terharu dengan momen keluarga tersebut.

Mereka juga memuji ibu-ibu kepada pasangan penyanyi itu kerana tetap ada bersama anak mereka sehingga mereka mencapai sal ah satu kejayaan dalam karier.

Cepat masa berlalu, sekejap je dua2 dah bujang

Untuk makluman, Yamani adalah hasil perkahwinan Jamal dengan Noraina Mohd Yusof manakala Ahmad Zaki adalah daripada perkahwinan ketiganya dengan Fatimatuzahrah Samad.

SUMBER:OMM via http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber