Pr4nk suami buat reviu produk, rupanya Emma Maembong selitkan Kejutan

PELAKON Emma Maembong berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya kini sedang h4mil anak kedua.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Emma memberi kejutan kepada suami dan orang terdekat dengan menunjukkan tanda positif pada alat ujian keh4milan.

“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya pada ruangan kapsyen yang dimuat naik pada Rabu.

emma 2

Emma dan suami bersama anak pertama mereka.

Dalam video tersebut, Emma secara bergurau sengaja mengajak suaminya iaitu Muhammad Shazli Azhar untuk rakaman reviu sebuah produk.

Ia bagaimanapun hanyalah satu kejutan dan Shazli sendiri dilihat tidak mampu menahan air mata apabila mengetahui mengenai kehamilan tersebut.

“Betul ke? Sumpah?” respon Shazli seakan tidak percaya.

Dalam rakaman itu juga Emma menunjukkan reaksi terkejut ibu, adik-beradik serta rakan terdekat apabila dimaklumkan mengenai berita gembira itu.

mStar sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut daripada Emma mengenai kehamilannya itu.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 30, dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel, 3 tahun.

Komen Netizen:

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber