Genggam tangan, ramai ingat hubungan Hafidz Roshdi, isteri pulih, sekali Hafidz Roshdi sah cer4ikan isteri

Kuala Lumpur: Pelakon Hafidz Roshdi, 29, didakwa sudah mencer aikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.

Sumber Harian Metro berkata, pelakon drama Melas tik Ke Hatimu itu mence raikan isterinya dengan talak satu dengan bersaksikan keluarga.

Difahamkan juga, isterinya bakal memfailkan perce raian pada 1 Mac ini yang juga jatuh pada tarikh kelahiran Shuhada.

Terdahulu, beberapa hari lalu, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi memuat naik gambar sedang menggenggam erat tangan wanita yang dipercayai isterinya seolah-olah memberi gambaran rumah tangga mereka yang bermasa lah sudah kembali jernih.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Hafidz juga memohon orang ramai untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangganya itu.

Keme lut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.

Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.

Bagaimanapun, Athira mengakui kesila pan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana sudah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.

SELEPAS dilanda kontro versi orang ketiga, Hafidz Roshdi dilihat kembali berbaik dengan isterinya, Shuhada dan memohon doa orang ramai untuk kebahagiaan rumah tangga mereka.

Genggam tangan, hubungan Hafidz Roshdi, isteri pulih?
Terdahulu Tidak sampai 24 jam menutup ruangan komen, Hafidz Roshdi kembali dalam Instagram dengan memuat naik gambar dua tangan yang saling bergenggaman bersama kapsyen penuh makna.

Hantaran dibuat seolah-olah memberi bayangan konflik antaranya dan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri sudah kembali pulih selepas diba dai gelora dengan kehadiran orang ketiga.

“Alhamdulillah terima kasih yang mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga,” tulisnya merujuk kepada episod pergola kan dalam perkahwinan mereka gara-gara kehadiran wanita bernama Athira Yuhada, 29.

Berlatarkan lagu Anita Sarawak berjudul Selamat Pengantin Baru, bintang Kan Ku Kejar Cinta Kami itu seolah-olah menggunakan dendangan tersebut sebagai simbolik permulaan baharu dalam perkahwinannya bersama isteri.

Malah lokasi di mana gambar tersebut dikongsi iaitu Arau, Perlis menunjukkan ketika ini pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2016 itu berada di kampung Shuhada.

Pada masa sama, aktor berusia 29 tahun itu turut berharap orang ramai mendoakan ikatan dibina mereka terus berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Doakan hubungan kami kekal hingga ke syurga Firdausi, amin,” luahnya lagi.

RUMAH tangga Hafidz dan Shuhada mendapat perhatian ramai selepas mendakwa diganggu orang ketiga.
Melihat maklum balas netizen menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan reaksi berbeza, namun berharap Hafidz tidak mempersiakan kepercayaan isterinya.

Tidak kurang juga ada sesetengah yang mening galkan komen berbaur sin diran selain mempersoalkan gerangan tangan siapa yang digenggamnya itu.

“Teruslah berpaut antara satu sama lain. Jangan biarkan syai tan terus memperdaya. Semoga Allah sentiasa melindungi kalian dari fit nah dunia,” tulis seorang pengguna.

“Jangan pengantin baharu dengan yang lain sudah bang,” kata netizen lain.

Pada masa sama, terdapat netizen menganggap kon flik membabitkan ‘penyo ndol’ memberi kelebihan kepada kerjaya seni bekas peserta program realiti, Hero Remaja itu.

“Tak apa yang penting straregi awak menaikkan nama menjadi, sebab dapat publisiti. Tahniah. Saya sokong awak,” komen seorang netizen.

Kelmarin, Athira yang didakwa menjalin hubungan dengan Hafidz meminta maaf secara terbuka kepada Shuhada dan dua anaknya atas perbuatannya mencintai suami orang.

Hafidz yang menutup ruangan komen tidak memberikan maklum balas berhubung pendedahan isterinya serta hanya mengambil sikap ‘memekakkan telinga’ berdepan serangan netizen.

Sementara Shuhada pula sedia memberi kemaafan, namun membuat keputusan untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan cara baik serta beradab apabila menyerahkan kes kepada peguam.

Terdahulu, perkahwinan pasangan berkenaan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3. – KOSMO! ONLINE

Be the first to comment on "Genggam tangan, ramai ingat hubungan Hafidz Roshdi, isteri pulih, sekali Hafidz Roshdi sah cer4ikan isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*