Ini Senarai SOP & Perkhidmatan Perlu Yang Dibenarkan Beroperasi Ketika ‘Total Lockdown’

Bermula 1 Jun hingga 14 Jun depan, hanya senarai perkhidmatan ini sahaja dibenarkan untuk beroperasi berdasarkan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Datuk Seri Ismail Sabri dan Tan Sri Dr Noor Hisham

Keputusan kerajaan mengumumkan lockdown ini diharap dapat membantu melandaikan lekuk peningkatan kes Covid-19.

Ternyata, langkah yang diambil ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun demi kesejahteraan rakyat Malaysia, semua diseru untuk memainkan peranan masing-masing untuk melawan wabak ini.

1. Semua aktiviti ekonomi dan sosial dihadkan untuk sementara waktu. Berikut di bawah merupakan beberapa ekonomi ‘perkhidmatan perlu’ yang dibenarkan beroperasi:

2. Semua sektor perkilangan tidak dibenarkan. Hanya dibuka untuk beberapa kategori sahaja dan dihadkan kepada 60% yang bekerja.

3. Sektor pertanian, perikanan dan penternakan dibenarkan

4. Kompleks beli-belah ditutup kecuali kedai-kedai yang berkaitan seperti groceries. Pasar raya dan hypermarket dibenarkan kepada bahagian makanan dan keperluan asas sahaja. Kedai runcit, serbaneka, farmasi, dan penjagaan diri dibenarkan.

5. Restoran, gerai, penjaja di tepi jalan dibenarkan untuk bungkus dan penghantaran sahaja

6. Dobi dibenarkan termasuk layan diri

7. Kedai cermin mata atau optik dibenarkan

8. Kedai hardware

9. E-dagang

10. Pasar harian (6 pagi hingga 2 petang)

11. Tadika dan taska tidak dibenarkan kecuali frontliners, dan ibu bapa yang bekerja

12. Jogging dan senaman secara persendirian dibenarkan

13. Hanya 2 orang satu kereta boleh keluar rumah untuk membeli barang keperluan makanan dan ubat-ubatan

14. Pergerakan tidak melebihi 10KM

15. Hotel dan penginapan dibenarkan beroperasi hanya bagi tujuan kuarantin

16. Rentas negeri, daerah bagi pasangan jarak jauh tidak dibenarkan dalam tempoh ‘lockdown’ fasa pertama

Bagi sektor perkilangan pula, semua sektor perkilangan adalah TIDAK DIBENARKAN kecuali sektor (dihadkan 60% kapasiti pekerja):

Sumber:seismik

Be the first to comment on "Ini Senarai SOP & Perkhidmatan Perlu Yang Dibenarkan Beroperasi Ketika ‘Total Lockdown’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*