Doktor Pantau J4ntung Anak Amyra Rosli; “Virvs Kawasaki Ni Menyebabkan…”

Pelakon jelita Amyra Rosli meluahkan rasa syukur apabila keadaan anaknya semakin pulih daripada terkena jangkltan v1rus Kawasaki sekitar awal bulan lalu.

Menurut Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 31, kini Ayra Aryssa, 2, perlu berada di bawah pemantauan doktor selama tiga bulan dan bergantvng pada ubat sebelum boleh pulih sepenuhnya.

“Alhamdulillah Aryssa okay, semakin baik, recovering cuma saya kena monitor jantung dia selama tiga bulan so dia kena makan ubat cair darah hari-hari.

“Ubat untuk virus Kawasaki ni, satu treatment kena makan lapan botol, selalunya enam ke lapan botol budak akan terus baik. Anak saya, 16 botol dah, dengan steroid lagi, anak saya jadi kembung. Saya tak boleh dukung dia sebab jadi terlalu berat, badan penuh air.

“V1rus Kawasaki ni menyebabkan jantung dia berair, saluran bengkak. Aryssa kena bergantung pada ubat sekarang, mudah-mudahan lepas tiga bulan ni dia sihat sepenuhnya,” ujar Amyra kepada Gempak.

Amyra ditemui pada majlis berbuka puasa Astro Drama Jangan Menangis Cinta dan Dend4m Seorang Isteri yang diadakan di SACC Mall, Shah Alam pada Khamis.

Luah isteri kepada aktor Amar Baharin ini lagi, meskipun berdepan dengan pelbagai dugaan seperti pos1tif COVID-19 dan kesihatan anak, dia kuatkan semangat dan mendapat ketenangan untuk mengawal situasi.

“Saya reda seikhlas-ikhlas hati dengan apa yang terjadi pada Aryssa. Sedih sangat, dengar Amar pulak shooting, kadang bila saya balik rumah, kat basement tu saya terduduk, berfikir macam kenapa bertvbi-tvbi dugaan datang.

“Tapi alhamdulillah, Allah bagi saya ketenangan untuk berdepan semua ni.

“Sebagai ibu kan, ubat tu panas. Rambut dia jadi gvgvr, perut dia jadi kembung, saya tak boleh nak buat apa. Kalau saya lawan cakap doktor, mungkin dalaman anak saya jadi makin teruk,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu juga, Amyra bersyukur ins1den tersebut membuka mata ramai ibu bapa tentang virvs-virvs yang boleh mendatangkan bahaya pada anak-anak mereka.

“Alhamdulillah, kejadian ni pun sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa ambil tahu tentang v1rus-v1rus yang kita tak tahu ni.

“Kawasaki ni sangat teruk, nak kena pula waktu raya ni, saya harap jangan la ada yang kata parents kedekut anak ke apa.” Katanya lagi.

Rata-rata peminat mendoakan kesihatan anak Amyra dan segala urusan di permudahkan

“Semoga dipermudahkan segala urusan nya sentiasa dlm lindungan Allah SWT di beri kesembuhan nya dgn segerakeatas nya Aamiin Ya Rabbal Alaamiin”

“Allahuakbar semoga Allah SWT merahmati dan memberikan kesembuhan nya dengan segera keatas nya Aamiin ya Rabbal Alamin”

“Semoga Allah permudahkan rawatan Arysa dan pulih . Aamiin ya rabbal alamiin”

kredit: astro gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Doktor Pantau J4ntung Anak Amyra Rosli; “Virvs Kawasaki Ni Menyebabkan…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*