Shuib berhati-hati sebelum terima pangkat Datuk, tak sangka Shuib berpikiran begini

Biarpun menerima reaksi berbeza daripada rakan-rakannya mengenai sesebuah pingat kebesaran, pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu berkata, dia akan mempertimbangkan tawaran kurniaan Datuk dari sebuah negeri.

Kata Shuib – yang juga usahawan itu – dia mengajukan soalan mengenai gelaran tersebut kerana ingin mendengar pandangan kedua sebelum mengambil keputusan selain perlu melihat kesesuaian penggunaan pingat kebesaran tersebut dengan dirinya.

Menurutnya, perkara itu akan dibincangkan secara lanjut dengan pihak yang berkenaan pada minggu depan.

“Saya cuma perlu cakap ya saja, boleh dapat Datuk. Pingat kebesaran itu ditawarkan dari sebuah negeri.

“Bagaimanapun, saya masih belum buat keputusan, ia masih dalam pertimbangan. Saya juga ada minta pandangan pihak pengurusan dan rakan-rakan dari sudut kesesuaian gelaran tu untuk diri saya.

“Ada yang setuju, tapi ada juga rakan-rakan yang menyatakan ia kurang sesuai kerana saya masih bekerja sebagai penyampai radio,” katanya.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad itu ditemui pada majlis pelancaran cawangan ketiga Bubble Bee Cafe di Suite Apartment Danau Kota, Kuala Lumpur semalam.

Untuk rekod, Bubble Bee Cafe diasaskan oleh Shuib manakala cawangan ketiga tersebut dimiliki pelakon Sharnaaz Ahmad.

Mengulas lanjut, Shuib, 35, berkata, jika memandang dari sudut seorang ahli perniagaan, sesebuah darjah kebesaran dilihat mampu membawa manfaat dan kelebihan.

“Saya dikelilingi ramai usahawan berpengaruh yang sudah memiliki gelaran seperti tu. Justeru, bila hadiri mesyuarat bersama golongan tersebut, buat saya terasa janggal.

“Tu sebab saya rasa ada baiknya untuk mempertimbangkan kurniaan tersebut sebab ada keperluan, lebih-lebih lagi saya seorang ahli perniagaan,” katanya.

Sumber mskini

Be the first to comment on "Shuib berhati-hati sebelum terima pangkat Datuk, tak sangka Shuib berpikiran begini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*