Zizan Luah Rasa Yang Terbuku Di Hati. Mengejutkan Jawapan Yang Diberi Oleh Hawa Rizwana Menarik Perhatian Warganet

Sejak akhir-akhir ini, nama penyampai berita terkenal iaitu Hawa Rizwana sering dikaitkan dengan Zizan Razak. Di samping sering berbalas komen di akaun Instagram masing-masing, malah kedua-duanya juga kini turut dilihat melakukan aktiviti hujung minggu bersama seperti berbasikal. Namun begitu Hawa sebelum ini pernah menjelaskan bahawa hubungannya bersama pelawak tersebut hanyalah sekadar kenalan rapat dan tidak lebih daripada itu. Menerusi rancangan Trek Selebriti baru-baru ini, Zizan telah menyahut cabaran untuk melakukan panggilan ‘pr4nk‘ terhadap personaliti TV berusia 25 tahun tersebut. Berdasarkan pot0ngan video berdurasi 59 saat itu, hos ‘Stage 104’ ini menyatakan bahawa dirinya agak cembvru sekiranya Hawa bawa rakan lelaki untuk berbasikal sekali. Tak cukup dengan itu, Zizan malah sempat mengusik wanita tersebut untuk dapatkan reaksinya tentang status masing-masing yang masih lagi belum berpunya (single). Meskipun luahan hatinya dit3pis atau kena r3ject, namun pelawak tersebut tetap cuba untuk bagi pickupline di hujung paparan tersebut sekali gus mengundang tawa rakan-rakan di sebelah. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata peminat terhibur dengan gelagat lucu Zizan serta jawapan spontan diberikan oleh Hawa. Malah mereka turut berseloroh mahu melihat kedua-duanya bercinta selepas ini.-kd

Dikritik hebat oleh warganet. Hawa Rizwana terus keluarkan kenyataan yang membuatkan warganet terdiam Hawa Rizwana tidak mahu mengambil peduli tentang k3c4man yang dil3mpar warganet terhadapnya. PENYAMPAI berita dan pengacara Wanita Hari Ini, Hawa Rizwana Redzuan kesal apabila menerima mesej berbaur h1naan selain ditvdvh sebagai wanita p3r4mpas atau ‘p3ny0ndol’ lelaki di media sosial. Hawa, 25, menyifatkan perkara itu sebagai keterlaluan dan percaya ia hanya dilakukan oleh seseorang yang mempunyai masalah m3ntal. “Saya pun tak faham apa maksud dia. Saya tak pernah kacav sesiapa pun, mungkin dia saja nak mulakan prov0kasi. “Bila saya buka DM (mesej peribadi) tersebut, rupa-rupanya dah banyak mesej yang berbunyi lebih kurang sama dihantar sebelum ini. “Kita tak boleh nak anggap semua orang yang menggunakan media sosial ni waras, mungkin dia tak sihat jadi buat apa saya nak m4rah,” ujarnya kepada mStar. Hawa anggap kata-kata n3gatif sebagai cabaran. Dalam pada itu, Hawa berkata, dia tidak marah atau berd3ndam sebaliknya menganggap perkara itu sebagai satu cabaran untuk dia berada dalam dunia penyiaran. Tambahnya, dia juga tidak terlalu memikirkan hal sedemikian yang hanya akan membawa kesan n3gatif. “Memang selalu dapat pun benda-benda macam tu. Awal-awal dulu tak sangka la orang macam tu wujud di dunia ini. “Saya tidak ambil peduli sangat perkara seperti ini kerana ia tidak memberi tekanan pun kepada saya, Alhamdulillah Allah kuatkan hati saya untuk berdepan ujian ini” ujarnya.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Zizan semakin rajin teman Hawa Rizwana kayuh basikal. Akhirnya Zizan dan Hawa tampil bongkarkan status sebenar hubungan istimewa mereka berdua

Mengakui pelawak dan pelakon Zizan Razak merupakan kawan lelaki dalam industri yang sering menemaninya beriadah, namun personaliti TV, Hawa Rizwana berkata hubungannya bersama Zizan hanyalah sekadar kenalan rapat. Hawa berkata hubungan persahabatannya dengan Zizan menjadi lebih erat sejak melakukan aktiviti berbasikal bersama-sama. Ujarnya sebelum ini kebetulan bertemu apabila ada acara bersama, tetapi kini lebih kerap kerana dalam kumpulan berbasikal yang sama. “Saya dan Zizan hanya kawan dan kenalan rapat. Kalau dulu selalu berjumpa apabila kebetulan ada acara bersama. Tapi sekarang kerap sikit sebab kami berada dalam kelompok kumpulan berbasikal yang sama. “Kebetulan pula instruktor kami pun kayuh sekali jadi ia secara tidak langsung menggabungkan macam-macam pasukan berbasikal serentak, semua dah macam keluarga besar,” katanya kepada Astro Gempak. Tidak mahu berlaku salah faham mengenai hubungannya dengan Zizan, Hawa menegaskan dirinya masih belum berpunya malah belum terfikir lagi untuk mencari pasangan hidup. “Saya baru berusia 25 tahun dan perjalanan karier saya masih jauh. Jadi fokus saya untuk keluarga terlebih dahulu sampai betul-betul stabil,” katanya. Sebelum ini, tindakan Hawa dan Zizan dilihat sering berbalas komen di akaun masing-masing menjadi perhatian warganet. Malah, kedua-duanya juga kini lebih sering dilihat bersama terutama ketika hujung minggu.

Zizan pernah try Hawa

SETIAP kali diajukan soalan mengenai jodoh, pelakon dan pelawak Zizan Razak pasti mempunyai cara tersendiri untuk mengelak untuk berbicara mengenainya. Kali ini jawapan pelakon Polis Evo itu kelihatan lebih kreatif apabila menjadikan wartawan dan penyampai berita TV3, Hawa Rizwana Redzuan sebagai ‘sasaran’ yang secara kebetulan turut sama menghulurkan mikrofon kepadanya. “Kenapa pandang dia (Hawa) apabila tanya soalan tentang jodoh? Anda rasa dia sesuai? “Tipulah kalau tak terfikir soal kahwin, kalau boleh saya nak seorang wanita yang bertudung dan boleh bercakap serta mengacara,” kata Zizan sambil beberapa kali memandang ke arah Hawa. Biodata Hawa Rizwana Ahmad Redzuan ‘Kembar’ Neelofa,  Jadi Pembaca Bulletin Utama di TV3. Hawa Rizwana binti Ahmad Redzuan (lahir 7 September 1995) merupakan seorang penyampai berita Malaysia, terkenal sebagai penyampai Berita TV9 dan sekarang di TV3 Bulletin Utama jam 8 malam. Namanya menjadi tular di media sosial kerana memiliki wajah seiras selebriti terkenal, Neelofa. Bapanya ialah bekas pengacara TV terkenal, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman. Tak Caya Tengok gambarnya.

Kena kejar dengan anjing. Hawa Rizwana dedahkan cerita dia lain daripada yang lain. Ramai tak sangka Hawa sanggup ambil satu inisatif ini.

Pembaca berita dan personaliti tv, Hawa Rizwana Redzuan ada berkongsi detik cema5 ketika sedang melakukan aktiviti ‘jogging’ pada Jumaat. Menurut Hawa, ketika dia sedang berlari, dia terserempak dengan sekumpulan anjing lalu cuba untuk mengejarnya. “Tadi nak jog, lepastu nampak anjing banyakk. “Cuba teruskan, lepastu anjing anjing tu kejar, i pun lari la,” tulisnya. Kisah mendebarkan itu dikongsikan oleh pengacara program Wanita Hari Ini itu menerusi akaun Twitter miliknya. Bagaimanapun, detik cemas itu terhenti selepas ada insan yang berhati mulia kebetulan melalui kawasan tersebut mengajak Hawa menaiki keretanya lalu dibawa ke tempat yang lebih selamat. “Alhamdulillah ada kereta stop, i masuk kereta tu. “Nasib baik la insan yang mulia tumpangkan ke tempat lebih selamat. “May Allah bless you,” katanya lagi. Dalam pada itu, Hawa turut merakamkan ucapan terima kasih buat individu yang telah menyelamatkanya itu selain turut mendoakannya supaya dia sentiasa berada di dalam rahmat Allah. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Hawa supaya jogging di kawasan yang lebih selamat dan seeloknya bawalah teman.-mediahiburan

Percikan aura Neelofa . Hawa yakin pihak majikan melakukan pemilihan berdasarkan kebolehan dan bakat dimiliki bukannya disebabkan paras rupa.

BENARLAH ungkapan rezeki memang tidak pernah salah alamat. Frasa itu sesuai menggambarkan situasi yang dilalui personaliti televisyen yang semakin meningkat naik, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan. Kepada SinarPlus, empunya diri yang senang disapa sebagai Hawa berkata, beliau tidak menyangka sesi latihan amali sebagai wartawan lokasi untuk program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI) sekitar tiga tahun lalu membuka lembaran baharu dalam profil kehidupannya. Cerita personaliti yang berkeyakinan tinggi ini, semuanya bermula selepas beliau menikmati hidangan di kafe bangunan Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. “Usai menjamu selera, saya memanfaatkan masa yang ada dengan membaca skrip. Kebetulan pula Datuk Manja Ismail (kini merupakan Pengarang Ehwal Semasa & Faktual Primeworks Studio) dan Eksekutif Editor Berita TV9, Wan Sabariah Shikh Ali berada di meja sebelah. “Barangkali, selepas melakukan ‘penilaian‘ dan pemerhatian sepanjang latihan itu, saya diminta hadir uji bakat untuk jawatan pembaca berita slot Berita TV9,“ imbas Hawa yang pada ketika itu sedang menjalani latihan praktikal sebagai wartawan WHI. Dipendekkan cerita, seusai latihan praktikal berakhir, Hawa, 25, ditawarkan sebagai wartawan di Unit Berita Media Prima sekali gus menduduki kerusi pembaca berita Berita TV9. Putaran waktu telah menyaksikan karier gadis cantik manis yang dilahirkan di Illinois, Amerika Syarikat ini semakin menyerlah dalam dunia penyiaran. Beritahu Hawa, selepas genap setahun bersiaran melalui saluran TV9, beliau dilamar pula menerajui barisan pembaca berita Buletin Utama (BU) di TV3 bermula pada 1 Januari tahun lalu sehingga kini. Beliau sendiri tidak menduga diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab besar untuk membaca berita dalam slot perdana yang ditonton jutaan penonton pada setiap hari. “Sejujurnya, saya terkejut kerana tak sangka transisi kerja berlaku dalam tempoh masa yang singkat. Mudah kata, belum sempat bernafas (ketawa). Perasaan pada ketika itu memang bercampur baur. “Sukar untuk diterjemahkan memandangkan rasa gementar, bimbang dan teruja, semuanya hadir serentak. Namun begitu, berkat sokongan keluarga dan pelbagai pihak, sedikit demi sedikit saya semakin serasi dengan peranan baharu sebagai pembaca berita BU,“ ujarnya yang mula meminati bidang pengacaraan dan kewartawanan seawal usia lima tahun.-ctto

Be the first to comment on "Zizan Luah Rasa Yang Terbuku Di Hati. Mengejutkan Jawapan Yang Diberi Oleh Hawa Rizwana Menarik Perhatian Warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*