Bapak Paksa Kahwin Dengan Ex. Malam Pertama Dia Mintak Hak Dia. Bini Terpaksa Bagi Dengan Keadaan Tak Rela. Lepas Je Dapat Apa Yang Dia Nak Dia Terus Berubah. Akhirnya Ini Yang Dia Buat.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Saya adalah seorang isteri, berusia 31 tahun dan berkahwin 14 july tahun lepas atas dasar paksaan keluarga. Sekarang saya mempunyai dua orang putera kembar yang ku lahirkan june yang lalu secara operation.

Sebelum saya lanjutkan cerita, saya perkenalkan suamiku dengan nama Zam dan. Dia merupakan bekas teman lelaki semenjak dibangku sekolah menengah lagi. Kami bercinta selama 7 tahun (2002-2009) dan mengakhiri hubungan atas sebab tiadanya kesefahaman.

Selepas kami mengakhiri hubungan, saya tidak lagi mendengar apa-apa berita tentangnya. Kami membawa haluan hidup masing-masing. Saya sangkakan kami tidak akan berjodoh kerana semenjak kami putus, dia tidak lagi pernah menghubungiku.

Sejak tahun demi tahun berlalu saya jalani hidup sendiri dan pada 2015, saya menerima miscall dan kiriman whatsapp dari nombor yang saya tidak kenali. Memandangkan saya takut ada kepentingan, saya pun tanya siapa gerangan orang yang teks dan miscall aku. Berkali kali wasap sampai naik menyampah juga time tu.

Rupa-rupanya dia adalah bekas pakwa saya yang telah tinggalkan saya 6 tahun lalu dan kini, dia muncul kembali. Saya tidak tahu dari mana dia dapat nombor hp kerana setahu saya saya telah tukar nombor dan tak pernah beri sesiapa pun nombor aku. Tahu yang dia yang whatsapp, saya pun tak reply msg dia.

Tetapi Zam bukanlah jenis orang yang berputus asa, walaupun saya buat tak tau msg dan tak jawab panggilannya namun dia tetap berusaha. Sehinggalah hujung 2015, tiba-tiba dia senyap. Tiada lagi whatsapp, tiada lagi panggilan yang saya terima darinya.

Saya sangka dia telah jemu dan menyerah. Saya bersyukur kerana tidak lagi diganggu. Namun sangkaanku salah. Rupa-rupanya Zam mempunyai rancangan lain untuk mendapatkanku. Semua rancanagan Zam aku tahu selepas kami diijabkabulkan dari kakak aku yg cukup rapat denganku.

Kronologinya ialah, suatu hari mak ayah saya terjumpa dengan Zam di sebuah pasaraya. Memandangkan Zam merupakan bekas teman lelaki yang cukup ok dengan mak ayah aku, mereka pun bertukar-tukar nombor telefon dan disitulah mereka bersekongkol untuk rancangan menyatukan kami berdua.

Tanpa sepengetahuanku, Zam menyatakan hasrat untuk kembali dan seterusnya melamar saya pada kedua ibubapa dan mak ayah tentu sahaja menerima lamaran Zam apa lagi dia dianggap baik oleh kedua orang tuaku. Justeru itu saya kehairanan, bila sahaja saya duduk lepak bersama mak ayah, mereka asyik memuji-muji bekas teman lelaki saya dan berkias-kkias denganku.

Saya buat tak reti kerana saya anggapnya sebagai gurauan sahaja. Hari demi hari nama Zam makin menjadi-jadi disebut oleh mereka berdua. Saya jadi cuak dan marah namun mereka tetap sahaja memuji dan menyuruh saya kembali pada Zam.

Saya bingung, kenapa mereka semakin egresef hari demi hari bercerita pasal Zam? Dipendekkan cerita pada april tanpa sepengetahuanku, keluarga Zam datang ke rumah untuk merisik seterusnya melamar. Ketika tu saya tiada di rumah kerana keluar bersama adik beradik aku..

Apakah ini rancangan mereka? saya tidak tahu. Saya terkilan kerana lamaran diterima tanpa mendapat persetujuanku terlebih dahulu. Sungguh saya terkilan kerana mereka semua membelakangi aku. Beberapa minggu selepas itu saya dipaksa bertunang dengan Zam.

Saya cuba menolak tetapi mak saya merayu dan menangis mendesak saya menerima sahaja pinangan Zam. Katanya, inilah bakal suami yang tepat untukku. Ya Allah, saya nak tolak tapi tak sampai hati nak lukakan hati mak saya yang berharap saya segera mengakhiri zaman bujang.

Jadi, akhirnya dengan terpaksa saya menerima pinangan Zam dan kami bertunang tetapi kami tidak pernah berkomunikasi di mana-mana media sosial, berjumpapun saya enggan kerana terlalu marah atas apa yang berlaku. Akhirnya saya bersetuju tetapi saya memberi syarat pada mak ayah.

Kami hanya melangsungkan majlis serba sederhana dan tiada rakan-rakan saya yang akan dijemput di majlis nikah kami. Bukan saya tidak mahu menjemput dan menghebahkan pada kawan-kawan tetapi pernikahan saya adalah pernikahan paksa dan tidak membahagiakan aku.

Biarlah saya dan keluarga terdekat sahaja yang tahu. Julai 2017, saya dinikahkan tanpa saya redha. Jadilah kami suami isteri tetapi saya tidak boleh menunaikan tanggungjawab sebagai isteri Zam.Saya Belum bersedia menyerahkan diri pada Zam yang kini sah menjadi suami aku.

Pada mulanya Zam bersabar tapi lama kelamaan dia mula menuntut hak sebagai seorang suami. Kami hanya bersama sekitar bulan 9. Saya menunaikan tanggungjawab secara terpaksa. Selepas dari itu saya harap sangatlah yang Zam tidak lagi menuntut apa-apa denganku.

Saya juga berniat untuk berpisah, tetapi…. saya tak tahu bagaimana cara untuk saya minta dilepaskan. Lagipun mak ayah pasti tidak setuju dan akan marah jika hasrat ini saya beritahukan pada mereka. Saya akui, sepanjang berkahwin dia banyak bersabar denganku dan terus memujuk agar saya menerimanya sebagai suami.

Walaupun kami bersama cuma sekali, saya tidak menyangka yang saya akan mengandung benih Zam suamiku. Saya mulanya tidak sedar dan fikir, alahan dan hilang selera makan hanyalah disebabkan saya demam dan tidak sihat.

Hari tu saya mengalami alahan teruk, muntah-muntah dan akan pening bila terhidu bau masakan. Akhirnya saya ambil keputusan pergi klinik. Dalam hati saya tak hentinya berkata “ya Allah, apa lagi ujian yang melanda aku?”Apabila doktor sken, saya disahkan mengandung 2 bulan. Tentu sahaja Zam paling gembira kerana bakal mendapat zuriat.

Aku? ya, saya cukup marah pada Zam kerana rasanya saya belum bersedia lagi untuk mengandung. Tetapi kemarahanku tidak lama pabila saya dipujuk kakak saya agar menerima anak itu. Sebagai seorang bakal ibu, hari demi hari saya merasa semakin menyayangi anak yang ada dalam kandungan aku.

Hasrat untuk saya berpisah dengan Zam mungkin terbatal dek kerana adanya anak ini. Saya tak mahu anak saya kehilangan kasih sayang seorang ayah. Saya ambil keputusan akan bertahan dengan perkahwinanku walaupun saya terpaksa korbankan perasaan. Saya tak sangka saya akan melahirkan bayi kembar. Cuma saya perasan, pada usia kandungan 4 bulan ia membesar bagaikan mengandung 6 bulan.

Saya checkup di klinik dan pada mulanya doktor tak dapat sahkan apa-apa. Perkara ini hanya saya tahu bila kandunganku berusia 5ke6bulan. Ya Allah, saya sedang mengandung bayi kembar rupanya. Dan pada 13jun tahun ini saya selamat melahirkan dua bayi lelaki. Walaupun secara operation, saya terima asalkan kedua bayi saya selamat dilahirkan.

Sepanjang proses kelahirannya suami saya Zam setia menemani terkecuali di bilik bersalin. Sekarang, usia kedua baby saya sudah pun 3 bulan. Oh ya, saya lupa nak bagitau mengenai man, dia bekerja di kapal yang memerlukan dia berada di atas kapal berbulan lamanya.

Sekarang saya uruskan bayi kembar ini bersendirian tanpa suami. Walaupun ada keluarga yang memberi bantuan dan menyokong, tetapi ia tidak sama jika adanya suami di sisi. Alhamdulillah sebelum saya melahirkan, Zam rela mengambil cuti walaupun dia sebenarnya tidak dibolehkan bercuti.

Hanya dua minggu setelah baby kami lahir, dia kembali bertugas. Sampai sekarang, saya bertahan dalam perkahwinan ini hanya kerana anak, saya berharap, suatu hari hati ini akan terbuka untuk menerima Zam yang kini telah pun menjadi suami dan ayah kepada kedua putera aku.

Jika ada pendapat dan tips untuk saya boleh mencintai suami, saya hargai dan banyak-banyak berterimakasih.Saya harap hati saya akan cepat terbuka untuk mencintai suamiku. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kesucian Isteri Terbongkar Saat Malam Pertama. Suami Terus Nekad Batalkan Bulan Madu Dan Tak Balik Rumah 3 Hari 3 Malam. Mengejutkan Bila Balik Rumah Isteri Dah Jadi Macam Ni.

Assalamualaikum WBT. Begini, aku telah menjadi suami hampir 2 tahun. Aku kenal isteri aku sekarang ni sudah hampir 5 tahun. Sepanjang perkenalan aku memang menjaga iktilat dan tidak mahu ada istilah perkara terkutuk didalam hubungan kami mahupun mata dan hati.

Oleh itu, aku ingin cepat masuk meminang dan menjadikan dia isteri aku yang sah. Aku memang jaga kesucian aku sebagai lelaki, dan aku mengharap dia juga menjaga kesucian dia untuk aku. Tibalah malam yang ditunggu oleh setiap pengantin baru, baru aku tahu si isteri tidak sesuci seperti yang kuimpikan. Aku mendesak dia untuk mengaku dan dia masih berkata, kisah silam itu hak dia. Dan Allah telah menutup hijabnya.

Aku sebagai lelaki patutnya menerima baik buruknya jika aku memang mencintainya. Aku terdiam seribu bahasa. Selepas itu aku cancel honeymoon kami dan keluar ke masjid selama 3 hari 3 malam. Aku munajat kepada yang maha Esa, istikarah dan memohon kekuatan untuk redha dan menerima baik buruknya. Setelah malam ketiga, aku kembali kerumah kami dan memberitahunya aku akan menerima segala masa silamnya asalkan dia tidak melakukan perbuatan itu selepas ini.

Rumahtangga kami berjalan seperti biasa, walaupun kadang-kadang aku rasa naik angin kerana dia agak pemalas. Rumahtangga tidak pandai urus, makan minum aku tidak dijaga sedangkan dia adalah suri rumah sepenuh masa. Baju kerja terpaksa aku hantar ke dobi kerana dia tidak mengendahkan sedikitpun makan pakai aku. Aku bersabar lagi, bagi aku mungkin kami masih baru menjalani kehidupan. Dia siap bercakap, memasak membasuh bukan tugas isteri. Suami patut buat semua tu.

Jahatkah aku sekiranya aku memohon dia untuk memasak kerana aku terlalu sibuk mencari rezeki? Salahkah aku memohon dia untuk menjaga rumahtangga sedangkan nafkahnya aku berikan lebih setengah gaji aku? Ya, aku tidak berkira mengenai duit. Bagi aku asalkan isteri bahagia dan menghargai aku. Didalam hal ini juga aku dipersalahkan.

6 bulan perkahwinan, aku dikhabarkan dia bertemu dengan seorang lelaki tanpa izin dari aku. Aku bertanya betul-betul adakah dia tawar hati dengan aku? Dia mengatakan aku tiada masa untuknya. Aku jarang memberi nafkah batin kerana terlalu penat. Ya, aku penat. Aku bekerja sebagai doktor. Kadang balik lewat dan terpaksa memasak sendiri dan mencuci baju. Aku terlalu penat sehingga aku tidak melayan dia diatas katil. Sekali lagi, aku dipersalahkan.

Jujur memang aku ni jenis lurus, aku memohon maaf kepadanya walaupun aku rasa aku tidak membuat sebarang kesalahan. Betulkah wanita sebagai isteri yang duduk dirumah tidak wajib untuk memasak dan menjaga rumahtangga? Adakah aku memang bersalah dalam hal ini? 2 bulan lepas kami dikejutkan yang isteri tidak dapat mengandung kerana masalah dalaman. Sekali lagi aku terpana dan menangis. Aku memang inginkan zuriat aku sendiri. Aku rasakan perkahwinan ini tiada erti bagi hidup aku.

Sehinggalah aku bertemu dengan bekas teman lelaki isteri aku biar aku namakan sebagai Amir. Amir menceritakan segala perbuatan isteri ku dimasa silam. Isteri aku cukup suka menjadi orang ketiga permsnah rumahtangga orang. Dan mungkin ini adalah kifarah untuknya kerana melakukan dsa dahulu.

Aku terpana, kenapa kifarah ini sehingga aku pun terbabit sama? Apakah dosa aku sehingga aku diberi ujian sebegini. Sudahlah setiap apa yang berlaku aku disalahkan. Aku menangis semahunya sehinggalah sekarang aku masih tidak dapat redha dengan apa yang berlaku. Aku cuba untuk senyum dan anggap perkara ini ujian buat kami, tapi aku manusia biasa, aku masih tidak dapat redha. Hati aku semakin tawar, aku semakin tidak mahu balik ke rumah.

Apa perlu aku buat? Aku mohon sangat-sangat nasihat dari warga IIUMC, apa perlu aku buat? Adakah betul aku yang salah dari mula? Adakah betul aku sebagai lelaki yang baik tidak perlu tahu tentang masa silamnya? Adakah betul semua tanggungjawab dirumah aku yang perlu buat? Aku buntu. Tolonglah aku…

– Ilham (Bukan nama sebenar) via iiumc

Antara komen warganet selpas membaca luahan Ilham:

Farid Ismail –Isteri jenis apa la.. Dh dpt suami baik mcm awk pn tak tau menghargai…. Bnyk kn berdoa ye moga Allah swt akan mempermudahkan.. Amin Yasmin Rusli – Bg aq kalau kau tak dapat redha.. Kau pulangkan dia kpd ibu bapa nya dgn cara baik. Mungkin jodoh kau dgn dia setakat itu. Dlm perkahwinan bg aq ” give and take ” x adil jika sorang saja y sentiasa memberi. Keputusan d tgn kau en. Doc.. Tu pendapat aq dr budak hingusan y baru nk kenal erti hidup.

Wahidah Zakaria –Kita yang tentukan pilihan hidup kita… Face to face… Cakap dari hati ke hati dgn isteri… Semoga beroleh KETENANGAN HATI..jumpa pakar kaunseling.. Atau jumpa kaunselor jabatan agama islam… Encik Ahmad Alfonso – Tuan doktor. Redha itu subjektif. Memandangkan dokor itu perlu jadi objektif. Maka senaraikan apa kebaikkan dia yg sampai tuan senang hati dan gembira. saat2 indah.

Senaraikan juga perkara buruk yang ada. mana banyak baik atau buruk. yang buruk boleh di didik atau tidak kena di fikirkan juga. Kemudian andai kata masih boleh sabar. didiklah hati untuk menerima. didikla dia untuk jadi yang terbaik. Tanyalah Allah dalam istikharah. sesudah semua itu buatlah keputusan yang terbaik. tak perlu tanya orang. sebab tuan yang perlu hadap apa jua keputusan yang di buat. Semoga bermanfaat.

Iris Nur Fitman –Tuan doc… Sy rasa baik tuan doc sygkan diri tuan doc terlebih dahulu sebelum nk kasihan pada seorang isteri yg langsung tak menjaga kebajikan suami… Menjaga maruah suami… Sy rasa ada yg lbh baik utk tuan doctor di luar sana…

Rupa paras yg cantik bukan ukuran utk kita bahagia.. Klu tuan doctor bole bersabar sedikit dn membentuk isteri tuan doc jd isteri yg solehah.. Maka nya bersabar la dulu… Sekiranya tiada lagi sabar di hati.. Mungkin dh tawar hati… Better lepas kan lebih baik doctor… Semoga di permudahkan urusan tuan doctor…

Waktu Mlm Pertama Bini Dah Bagi Tahu Awal Awal Yang Dia Tak Dapat Nak Layan Suami Dia Dan Bagi Apa Yang Suami Dia Nak. Siap Suruh Suaminya Cari Perempuan Lain. Rupa Rupanya Ini Puncanya.

Assalamualaikum dan terima kasih andai luahan aku ni diterima untuk disiarkan. Semalam, aku buat sesi throwback. Dan aku rasa rindu yang amat, tapi aku tak boleh nak luahkan dekat sesiapa. So aku luahkan dekat sini. Nama aku Ri, aku kenal dengan Aisyah ni start dari sekolah. Tapi dia bawah aku.

Sebab umur dia 25 and aku sekarang 28. Kitorang fav student Ustaz Zaki, kitorang rapat, sebab ustaz selalu suruh kitorang pantau aktiviti pelajar. Ohh ya, dia sangat cantik. Kening lebat, kulit putih and suka senyum. Lepas aku habis sekolah, aku dengan dia lost contact tapi umur aku 25 kitorang dapat contact balik each other.

Aku confess kat dia, yang aku suka dia. Alhamdulillah diterima baik, dan dia cakap. Dia suruh tunggu habis study, baru datang merisik. Aku ikut je, taknak terburu-buru sebab masa tu kerja aku pun tak menentu. Tapi, dia ada dengan aku dari aku pakai kancil sampai laa sekarang aku dah ada kereta yang better dan selesa. Dari aku takde apa-apa sampai lah aku hampir ada segalanya.

Long story short, dia pun dah habis belajar. Aku ajak dia bertunang, dan family aku pun pergi jumpa parents dia untuk tarikh bertunang. Tapi seminggu sebelum bertunang tu, dia sakit teruk. Demam, muntah badan dia jadi kurus sikit. Disebabkan sakit dia tu tak baik lagi, kitorang decide untuk tangguhkan pertunangan tu.

Kitorang kerap bergaduh, dalam sebulan tu 3-4 kali bergaduh. Sampai 1 tahap, dia block aku kat semua socmed termasuk whatsapp. Aku buntu, aku tak tau macam mana nak pujuk dia, aku masa tu memang give up and dah rasa yang dia bukan jodoh aku. Aku banyak berdoa minta petunjuk.

Dia makin kerap sakit, muntah cairan merah. Perutnya sakit, badan dia makin kurus. Pergi hospital, appointment tak pernah miss, tapi masih taktau dia sakit apa. Beribu habis, masih sama. Dan family Aisyah decide untuk pergi berubat cara islam. And surprisingly, ya. Aisyah kena buatan orang. Aisyah marah-marah aku, itu semua laki tu yang buat. Dia taknak aku ni rapat dengan Aisyah. Laki tu marah sebab Aisyah tak layan dia. Ustaz nak buang benda tu, tapi laki tu dapat rasa. And laki tu hantar benda tu yang lagi kuat.

6 bulan, keadaan Aisyah masih sama. 3 ustaz cuba untuk ubatkan dia, tapi tak mampu sebab terlampau kuat. Aisyah minta aku cari lain, jangan tunggu dia. Aku dengar dia cakap macam tu, aku nangis. Aku terus bagitahu parents aku, aku nak nikah dengan Aisyah. Walaupun aku tau keadaan dia macam tu.

Alhamdulillah family aku faham aku, dan aku pun pergi ke rumah Aisyah untuk bagitau hasrat aku. Parents dia agak terkejut, termasuk lah Aisyah. Aisyah marah aku, dia cakap jangan kawin sebab rasa kesian. Cari laa perempuan lain, jangan dengan dia. Aku berkeras, aku nak kawin sebab aku nak jaga dia, depan mata aku.

Alhamdulillah aku selamat jadi suami dia, hanya kenduri simple. Malam lepas nikah tu, aku cakap dekat dia, “Yang, kita nikah simple-simple. Nanti bila awak dah sihat, kita buat majlis yang lain ye?”.. Lamaaa Aisyah tenung aku, lepastu Aisyah cakap dekat aku “takpe.. sebab sy tak boleh bagi apa yang awak nak, sy takde apa-apa, dah tak cantik macam dulu, dah tak mampu nak buat kerja macam dulu, and mungkin dah tak boleh happy kan ri macam dulu.” Aku diam, sebab tahan air mata. Cengeng.

Esoknya, keadaan Aisyah makin teruk. Dia muntah-muntah dan keluar benda pelik, tak larat jalan, hanya terbaring. Ustaz call aku, dia bagitau yang lelaki tu marah sebab aku kawin dengan Aisyah. Aku suruh ustaz pulangkan, tapi ustaz tak bagi.

Hampir seminggu Aisyah terbaring. Malam Jumaat, Aisyah panggil aku, Dengan susah payah dia dia bisik kat aku “Ri.. Sya tak kuat dah ni, tolong halalkan makan minum. Ri cari pengganti, sya izinkan.. sya minta maaf, aisya tak bagi, tak mampu jalankan tugas isteri. Ri cari pengganti ye nanti..” Aku tunduk, aku menangis je.

Hari Jumaat esoknya, lepas kami semua bisikkan kalimah syahadah, Aisyah pergi menghadap ilahi. Dengan tenang, disisi aku and family Aisyah. Semuanya berjalan dengan lancar, masa Aisyah dikafankan, baru aku nampak wajah ‘sebenar’ dia. Dalam hati aku cakap “cantiknya awak sayang..”.

Puaslah kau lelaki, kau dah buat dia derita. Kau dah buat dia hilang hampir semua yang dia impikan. Dan kau buat aku hilang orang yang aku sayang. Semoga allah membalas atas apa yang kau dah buat pada Aisyah. Dan harini genap 2 tahun aku menjadi suami Aisyah. Dan sampai sekarang, aku masih belum dapat pengganti dia, dia sempurna kat mata aku. Aisyah yang aku sayang, aku tak dapat miliki dia. Allah pinjamkan sementara je. Menyayangi Tapi Tak Memiliki, itu lagi sakit.

Tolong jangan gunakan benda terkutuk untuk dapatkan sesorang, mungkin korang tak pernah kena macam ni. So korang rasa mengarut, tapi bila kau dah kena. Baru kau tahu apa yang aku rasa, tapi harapnya tak kena kat kau laa. Aku dah 2 kali kena, 1 orang dengki bisnes aku, 2 pasal Aisyah ni. Al-Fatihah Aisyah. Ri belum jumpa perempuan yang sama macam awak. Awak memang special Aisyah.

Assalamualaikum.

– Fah

Be the first to comment on "Bapak Paksa Kahwin Dengan Ex. Malam Pertama Dia Mintak Hak Dia. Bini Terpaksa Bagi Dengan Keadaan Tak Rela. Lepas Je Dapat Apa Yang Dia Nak Dia Terus Berubah. Akhirnya Ini Yang Dia Buat."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*