Suami Bersama Dengan Isteri Lepas Balik Kerja Dan Terus Biarkan Isteri Kat Katil Macam Tu Je. Satu Hari Tu Kantoi Rupanya Suami Ada Perempuan Lain. Akhirnya Ini Yang Terjadi Pada Isteri Buat Suami Terkedu.

Assalamualaikum. Semoga hati ini kuat untuk menceritakan kisah pahit yang pernah terjadi dalam hidup saya. Kisah ini berlaku selepas saya berkahwin dengan lelaki yang saya cintai. Kini saya sedang cuba membina hidup baru bersama anak. Kisahnya begini.

Saya merupakan seorang isteri dan seorang surirumah kerana suami tidak membenarkan saya bekerja walaupun saya ada lepasan ijazah. Suami saya berkerja di ibu kota sebagai jurutera. Kami berkahwin selepas kami mengenali satu sama lain hanya selama 3 bulan.

Suami ajak saya kahwin sebab pada waktu itu dia sudah mampu nak tanggung saya, dia berusia 29 tahun sekarang dan saya masih berumur 25 tahun. Lima bulan selepas kami berkahwin, suami sudah menunjukkan sifat sebenarnya iaitu terlalu kuat cemburu dan panas baran.

Dia cemburu buta sehingga tidak membenarkan saya keluar dari rumah ketika dia keluar bekerja, malahan kunci kereta saya diambil. Suami akan membenarkan saya keluar, dengan syarat dia mesti ikut sekali. Suami seakan tidak mempercayai saya.

Saya tiada langsung menaruh hati kepada orang lain selain suami saya. Saya akur dan masih menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Menjaga dia seikhlas hati. Selepas beberapa minggu, suami menjadi sangat panas baaran sehinggakan apa sahaja yang saya buat adalah salah dimata dia. Suami seakan membenci saya.

Setiap hari selepas pulang dari kerja, suami mencari saya. Memaksa saya untuk melayan keinginan. Pada permulaan, saya akur kerana tidak mahu drhaka pada suami kerana melayan suami yang sudah halal tidak berdosa. Tetapi lama kelamaan, saya dilayan seperti binatang, dipaksa oleh suami sendiri sedangkan saya tidak rela. Saya dikasari jika tidak ingin melayan kemahuannya. Hancur hati saya melihat perubahan orang yang saya sayang. Dia seakan membenci saya.

Dia bukanlah lelaki yang saya kenal seperti sebelumnya. Masakan saya langsung tidak disentuh seperti sejak mula mula kahwin dulu. Dia kerap makan diluar. Saya bertanya dengan lembut pada suami. Kenapa buat saya macam ni? Suami hanya membalas dengan kata kata kesat, mengatakan yang saya layak diperlakukan sebegini.

Saya ni jijikk seperti bnatang, kata suami. Apa dosa saya? Kami tidak lagi solat bersama, kerana selalunya saya yang ajak suami solat. Tapi kini, suami tidak lagi menjadi imam. Tiada kucupan didahi saya lagi selepas solat.

Suami tidak tidur bersama saya lagi. Kami tidur di bilik berasingan. Dia hanya akan menduri saya selepas pulang dari kerja dan tingggalkan saya seperti seorang perempuan langganan di atas katil. Nafkah masih diberi suami, namun saya tidak langsung menggunakannya.

Di waktu siang semasa suami bekerja, saya hanya menghabiskan waktu membuat cookies untuk dijual kerana saya terlalu bosan di rumah. Suatu hari, rahsianya terbongkar apabila saya terbaca mesej suami saya dengan wanita lain .

Wanita itu merupakan kawan lama di sekolah menengah suami saya. dan suami mempunyai hubungan dengan wanita itu di belakang saya. Suami saya tidak setia dengan saya. Perit hati rasa, hidup saya seakan kosong, tiada makna. Saya tiada sesiapa untuk meluah rasa kecuali kepada kakak saya yang tinggal berkilometer jauhnya.

Saya membuat keputusan untuk minta dilepaskan. Tetapi saya belum beritahu suami. Kerana saya disahkan mengandung 2 bulan. Saya pada waktu itu tidak pasti sama ada itu adalah khabar gembira atau tidak. Saya terlalu sedih kerana benih ini wujud bukan kerana cintanya suami saya pada saya. Saya ingin lari, jauh dari suami saya kalau boleh. Saya buntu, saya sayangkan anak dalam kandungan ini kerana inilah cahaya mata kami berdua. Tapi tiada hak saya untuk minta berpisah disaat benih suami yang saya kandung.

Saya menahan semua ni, menelan rasa sehingga pada suatu malam, kesabaran saya sudah sampai penghujungnya. Saya mengetuk pintu bilik suami, sambil membawa cincin pernikahan kami berdua. Saya ingin memulangkan cincin tersebut, kerana saya ingin dia melepaskan saya, meminta agar suami faham akan permintaan saya.

Suami mengatakan “Pergi lantakk kau nak buat apa apa pun.” Suami mengambil cincin saya dan suruh saya keluar dari rumah. Dia tidak melepaskan saya tapi meminta saya untuk keluar dari rumah. Saya tidak pasti jika talak jatuh sebab saya sedang mengandung.

Kandungan saya sudah mencecah 5 bulan pada ketika itu. Suami lebih menyayangi wanita itu dari saya dan anak. Saya akur untuk tinggalkan rumah. Saya mengemas barang saya, usah terbayang perasaan saya waktu itu. Saya dihalau suami saya sendiri. Lelaki yang berjanji akan mencintai saya sehingga hujung nyawanya. Saya mengosongkan almari saya. Yang tinggal di almari saya hanyalah pakaian yang diberi oleh suami, telekung hantaran dari suami dan album perkahwinan kami. Saya redha.

Ini lah jalan penceritaan saya. Saya buntu, tidak tahu kemana. Duit di tangan masih ada. Di dalam akaun, berbaki hanya RM2500++. Saya nekad untuk memulakan hidup baru. Saya kemudian tinggal di rumah kakak, sementara saya cari rumah lain kerana bimbang mengganggu keluarga kakak. Saya nekad untuk berniaga kerana keadaan saya tidak sihat atas alahan yang saya alami hasil pembawaan anak dalam kandungan.

Kakak saya sudi meminjamkan saya wang modal untuk berniaga nasi lemak setiap pagi dan di waktu petang, saya mengambil upah kerja di kedai dobi. Pendapatan saya hanyalah lebih kurang Rm1500, alhamdulillah masih cukup untuk saya sara anak.

Saya bercadang untuk pulang ke rumah bapa apabila saya sudah bersedia. Ibu saya sudah pergi buat selamanya kerana sakitt dua tahun lalu. No telefon saya sudah ditukar namun, suami masih cuba untuk menghubungi saya melalui kakak saya tetapi kakak tidak melayannya.

Namun dia tetap memberi nafkah setiap bulan. Namun saya tidak menggunakannya malah saya memulangkan nafkah tersebut pada akaun bank suami balik. Saya mampu hidup tanpa wang suami kerana saya taknak menyusahkan suami lagi.

Saya juga tidak tahu tentang keadaan suami saya dengan wanita itu, Apa yang saya tahu, selepas anak saya dilahirkan, saya akan failkan perpisahan. Saya masih sayangkan suami saya. Saya rela dilepaskan untuk lihat dia bahagia. Bagi saya, tiada makna erti perkahwinan jika tiada rasa sayang.

Doakan saya semoga dipermudahkan segala urusan saya dan anak saya. Saya ingin menjalani hidup baru bersama permata hati saya yang bernama Nur Natasha yang bermaksud cahaya kekuatan, moga Natasha kuat seperti saya suatu hari nanti. Cinta tak bererti kita harus memiliki, kadang kadang cinta bererti kita harus melepaskan.

Terima kasih sudi mendengar luahan hati saya. Buat suamiku. Wahai suamiku, terima kasih kerana telah menjaga Saya dan menyayangi Saya walaupun dalam tempoh yang singkat. Anak dalam kandungan ni adalah hadiah paling bermakna untuk Saya walaupun abang benci kami berdua. Saya redha. Saya nak abang bahagia bersama dia. Saya sedar siapa diri Saya. Saya janji akan jaga anak kita sebaiknya. Ampunkan dosa Saya. Jangan cari Saya lagi.

Masa Kat Labour Room Wanita Ni Meraung Kat Doktor Yang Dia Dah Jadi Janda. Suami Pula Selamba Je Bercinta Dengan Perempuan Lain Masa Isteri Tahan Sakit Nak Bersalin. Akhirnya Ini Yang Terjadi Buat Isteri Terkedu.

Namun, bapa kepada dua orang anak istimewa ini tetap bersemangat membesarkan anak anak biarpun banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuh. Jika ada suami sebegini, pasti ramai isteri yang meloncat gembira. Walau begitu, tidak semua orang punyai nasib yang sama.

Ada antara kita padangnya berbeza beza. Begitulah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini berkenaan kisah hidupnya dengan si suami. Menurut apa yang diceritakan, suami pergi bercuti dengan wanita lain saat dia sedang saratt mengndung. Lebih mengundang kesdhan bila selesai sahaja menderita di bilik bersalin, suami lafaz untuk berpisah.

Ikuti perkongsian penuh di bawah. Saya mohon baca luahan ni dengan penuh kesabaran sebab cerita ni panjang sangat sebenarnya tapi saya ringkaskan (walau sebenarnya panjang jugak). Saya berkahwin pada tahun 2014. Suami saya yatim piatu. Last year saya disahkan mengndung masa tu saya baru kerja kat public listed company.

Diawal kehamilan suami selalu usap perut saya dan pesan kat baby, make sure papa ada, baru keluar taw. Pendekkan cite, saya turun cairran merah n doktor nasihatkan untuk bedrest sebab takut keguguuran. Berhenti kerja demi suami demi anak Setelah berbincang dengan suami, saya berhenti kerja demi anak kami, suami suruh saya balik kampung sebab dia tak sempat nk hantar lunch everyday (doktor xbagi drive, masak).

Masa tu kandungan 4bulan. Dipendekkan cite masa kandungan 6 bulan saya ke KL ingat nak stay dengan suami smpai beranak tapi suami suruh saya balik sebab dia outstation. Instinct isteri tak pernah salah. Saya dapat rasa ada something wrong. One day, saya jumpa bukti dia memang ada perempuan lain. Dia contact dengan perempuan tu melalui emel masa saya kat KL denqan kandunqan 6 bulan.

So dalam email tu sume tarikh yang dia pegi outstation sebenarnya dia pegi holiday dengan perempuan tu. Siap dengan panggilan future wife. Excited rindu nk jumpa. Perasan dapat tahu dia bawa perempuan lain bercuti memang. Bayangkan perasaan saya masa tu mengndung 7 bulan and baca sendiri suami bermesra siap bawa pegi holiday. Sedangkan saya isterinya 3 tahun, susah senang bersama, tak pernah dia bawa kemana-mana sebab sebelum ni gaji saya lagi tinggi dari dia, saya yang bayarkan kereta dia, belikan motor untuk dia, bayarkan deposit rumah sewa semua.

Betul sesetengah orang cakap, bila dah berkahwin, perempuan boleh redha dengan any situation, tapi bila melibatkan perempuan lain, hancurr hati tu Allah je tahu. Dah kantoi, janji tak nak jumpa lagi. Dah kantoi tu, saya emel perempuan tu cakap benda sebenar. Perempuan tu cakap dia xtahu tu suami orang, kalau dia tahu, dia sendiri angkat kaki.

Dah kantoi tu, suami saya balik jumpa saya minta maaf and dia ckp, ‘Kalau saya keluar dengan H lagi, jatuh talak awak’. Masa ni kandungan 8 bulan. Every weekend suami cakap nak pulang ke kelantan, saya tunggu tp tak pernah sampai. Ada je alasan kereta problem, hujan lebat sangat, demam, dan lain-Iain.

Everyweek ada je alasan tak de duit, so everyweek saya bank in tapi end up tak balik pun. Duit yang sepatutnya saya guna untuk anak saya, saya krbankan asalkan saya dapat jumpa suami saya. Malngnya duit tu suami gunakan untuk betina tu. Masa berlalu dan due date saya tinggal lagi seminggu, banyak benda pelik yang jadi tapi saya cuba tutup mata dan anggap tu perasaan saya sebab hamil.

Tp aill maha adil. Ikhlas saya cakap, saya tak makan, tak tido dan hanya minum segelas susu je sehari sebab terlalu banyak makan hati menunggu suami. Dah kantoi tu, suami saya balik jumpa saya minta maaf and dia ckp, ‘Kalau saya keluar dengan H lagi, jatuh talak awak’.

Masa ni kandungan 8 bulan. Every weekend suami cakap nak pulang ke kelantan, saya tunggu tp tak pernah sampai. Ada je alasan kereta problem, hujan lebat sangat, demam, dan lain-Iain. Everyweek ada je alasan tak de duit, so everyweek saya bank in tapi end up tak balik pun.

Duit yang sepatutnya saya guna untuk anak saya, saya krbankan asalkan saya dapat jumpa suami saya. Malngnya duit tu suami gunakan untuk betina tu. Masa berlalu dan due date saya tinggal lagi seminggu, banyak benda pelik yang jadi tapi saya cuba tutup mata dan anggap tu perasaan saya sebab hamil.

Tp Allah maha adil. Ikhlas saya cakap, saya tak makan, tak tido dan hanya minum segelas susu je sehari sebab terlalu banyak makan hati menunggu suami. Saat orang lain mengndung, dibelai macam puteri, tapi saya, usahkan nak makan benda mengidam, nak tengok suami yang dirindui, nak dengar suara suami pn tinggal impian.

Masa tu saya mintak dengan اَللّهُ satu je, izinkan saya peluk suami sebelum saya bersalin. Saya tak contact family dia sebab suami cakap family dia tak suka saya dan banyak burukkan saya (sebenarnya dia dah plan sume ni sebab tak nak bagi kantoi).

Tapi takdir Allah, 3 hari sebelum saya bersaliin, kantoi segalanya. Akhirnya, terbongkar… اَللّهُ buka pintu hati saya contact anak saudara belah dia. Maka terbongkarlah segalanya, seminggu lepas dia bertaklik yang akan jatuh talak sekiranya dia jumpa dgn betina tu, suami bawa betina tu balik kelantan jumpa family dia.

Dia cakap nak kawin. Dia cakap saya hamil anak orang lain,kuat main laki sebab tu dia nak kawin lain tapi at the same time suami duk contact saya macam takde pape yang jadi. Kalau dia senyap 3-4 jam, alasan dia g surau/masjid sebab dah insaf dengan ape jadi yang kantoi haritu, so, nk dekatkan diri dengan Allah.

Takdir Allah, lepas saya sekeluarga berjumpa family suami, n dengar segala fitnah dia taburkan dekat saya, malam tu suami balik kelantan, dia cakap kat family dia, dia balik nak rujuk dengan saya. Ktorg jumpa kat kedai makan masa tu. Suapan terakhir dari suami Tu last dia suapkan sy, And Thank you Allah sbb saya boleh pelukk dia sebagaimna yang saya minta.

Sy tahu hati dia dah tak sayang saya. Cara pandang saya pun saya tahu, dia bukan suami saya yang saya kenal selama 3 tahun. Dia tak lafazkan pun nak rujuk. Terlalu sakitt hati, balik tu saya tidur dgn air mata tapi saya senyum sebab finally, lepas 2 bulan sy boleh tgk suami saya depan saya, saya boleh pelukk dia,tq Allah.

Pagi keesokkan nya saya keluar caiiran merah tanda dah nak ber4nak. Ya Allah, anak saya dengar pesanan ayah dia. Dia tunggu ayah dia untuk keluar. Family bawa saya ke hospital, saya masuk labour room suami datang, saya pujuk untuk rujuk time tu jugak. Dia cakap tak payah fikir, beranak dulu.

Allahu, dalam hati kepala sy masa tu bukanlah anak tapi bertukarnya status dari isteri kepada janda. Benda tu lagi sakitt dari sakit bersalin. Suami duk main fon je masa dalam labour room. Alhamdulillah anak saya dilahirkan dengan mudah, kejap je dalam labouroom,”Doktor, saya dah janda” tu perkataan first yang keluar dari mulut saya berserta air mata. Esok nya terus discharge.

Tapi lepas 5 hari kat rumah, ada daging keluar rupanya urii tak habis and saya kena admit balik. Saya call nak inform saya kena masuk wad,tapi dia tak angkat tapi family dia call dia cakap, dia dengan perempuan tu. Suami contact saya macam biasa, panggil saya sayang tapi dia tak balik pun tengok saya. Yes saya tahu cara dia mmg tak sayangkan saya. Lepas beranak, saya pernah tak layan dia, dia ugut nk bahayakan diri.

Lps tu hari cukur jambul anak. Dia balik,dia datang dan sebelum balik tu dia dah promise dengan ayah saya nk rujuk nak duduk elok-elok n janji nak jaga saya macam dulu. Dan dia bersumpah demi Allah dah takde betina tu. Ingatkan dah betul betul berubah tapi… Saya ingat dia betul-betul berubah,tapi bila sy check bag dia, saya jumpa dia ada fon lain yang still contact dgn betina tu n pada hari majlis anak tu,

dia cakap kt betina tu yang dia dh lama lepaskan saya and takde pape dgn saya. Ya Allah, ape kau nak sebenarnya? Kau pujuk rayu tapi sebenarnya kau still ada setn tu. Saya contact betina tu dia jwb simple “Padan muka xpndai jaga suami.” Sy halau suami masa tu jgk, and lepas tu sy contact sume orang yang rapat dengan suami masa tu.

Astagfirullahalazim, ada orang emelkan video suami dengan betina tu duduk berasmra, siap gmbar tak berbaju. Masa tu saya dalam pantang 22 hari, saya terus g court. Allah je tahu perasaan masa tu. Tarikh masa tu bulan 5.

Dia tetap nafikan .Sebelum ni, failkan atas sebab taklik lisan so susah nak menang. Now saya tuntut fasakh dia tak pedulikan saya dan anak. Dia berlakon tak habis2 konon dah takde hubungn tapi dia tak pedulikan pun saya dan anak.

Nafkah dia bagi Rm100 je tu pn kadang2. Dia tak datang court tapi everyday contact saya walaupn saya block, dia akan email saya berlakon like nothing happen. Ape dia nak sbnrnya? Doakan urusan court saya cepat selesai dan terus kuat. Allah je thu perasaan besarkan anak sorang-sorang, naik turun court dari mengndung sampai sekarang anak dah 5 bulan.

Sebenarnya saya sangat heran ape dia nak sebab cara dia macam taknak tapi dia keep contact sy everyday duk panggil syg2 macam takde ape yang jadi sedangkan saya tahu semua yang dia buat belakang saya, until today. Anak sendiri tak peduli, birthday perempuan lain sambut
N yes dia tak datang court. Dia tak kawin pun dgn betina tu. Tapi dia still berhubung siap buat suprise lagi masa birthday betina tu. Anak kat kampung tak peduli.

Jujur saya cakap, saya sayang suami saya dan mengharapkan dia berubah walau ape yang dia dah buat adalah sangat-sangat melamppau. Tapi, yes, mulut dia cakap dia dah berubah dan takde dah perempuan tu. But yup, action speak louder than word. And kita pernah sebantal untuk 3 tahun dah cukup lama untuk saya cakap, saya kenal awak yang sayang sy macam mana. Dulu kita tak pernah gdhh teruk, semua benda kita bincang elok, tapi lepas kenal betina ni,awak berubah.

Dalam sekelip mata disebabkan perempuan yang awk knl melalui tinder,(Jan 2017) awak sanggup abaikan isteri dan anak yang awak excited dulu. Moga awak cepat kahwin. Saya doakan awak cepat kawin, hentikan benda tak sennoh. Its ok, saya terima, saya dan anak tak mampu bahagiakan awak

Tapi awak berbahagialah dengan cara yang halal dan berhentilah menyksa hidup saya, tolong datang court lepaskan saya dengan elok. Awak mintak saya dengan family saya cara elok, so lepaskan saya dengan cara elok. Dear H, Thanks for everything you’ve done to me and my baby!!! Now I am husbandless and my baby is fatherless. May Allah give you the best rewards for what you’ve done!Anak saya tak sempat kenal ayah dia sebab awak. TQ taw

Nak mintak pendapat, if korang kat tempat saya ape korang akan buat? Ikhlas saya cakap saya dah sangat penat dengan drama ni. Suami duk menyedap kat sana dan saya digantung tak bertali membesarkan anak yang baru lahir sorang-sorang. Btw, just fyi, anak saya keluar sebijik muka suami saya. Doakan saya terus kuat n dipermudahkan urusan.saya dah penat.

Suami Tak Tido Malam Sebab Layan Janda. Chat Sampai Pukul 4 Pagi Lepastu Bila Bini Tanya Suami Akan Jawab Macam Ni. Satu Malam Bini Terkedu Sampai Macam Ni Sekali Yang Jadi.

Sepatutnya seorang wanita akan lebih memahami perasaan kaumnya sendiri, namun lain pula yang terjadi kepada seorang wanita malang ini.
Cubalah memahami perasaan sesama kaum sendiri, hukum karma itu pasti akan berpatah balik kepada kita andai kata kita menyakiti insan lain satu hari nanti pasti ianya terjadi semula pada kita dan kalau tak kena pada kita balik pun nanti mana tahu ahli keluarga kita sendiri yang terkena balik.

Ikuti kisah seorang janda yang mempunyai dua orang anak yang baru sahaja ingin memulakan hidup baru, berkahwin dengan seorang duda pada beberapa bulan yang lalu dan rumah tangga mereka amat bahagia.
Namun sejak seminggu yang lalu seorang kawan lama suami saya yang telah beberapa lama terpisah bertemu kembali melalui laman media sosial facebook, kawan lamanya itu merupakan seorang janda beranak satu dan bermula dari pertemuan tersebut mereka selalu berchating melalui whatsapp.

Suami saya sampai tak tidur malam melayan janda itu, mereka berchating sampai pukul 4 pagi tapi bila saya tanya mulalah suami saya itu akan backup perempuan itu cakap itu cuma kawan lamanya sahaja, sampaikan kami bergaduh sebab perempuan tersebut, sekarang ini hidup kami dah tak sebahagia seperti dulu.

Pada suatu malam selepas habis sahaja dia orang chating terus saya bangun untuk baca whatsapp suami saya bersama janda tersebut, Ya Allah alangkah terkejutnya saya yang perempuan itu mengajak suami saya berjumpa dan dia berkata lagi “nasib baik awak laki orang kalau tak dah lama saya rangkul, saya dah tak tahan saya selalu buat benda tu sorang-sorang, saya perlukan teman”.

“Ya Allah, sungguh tk malu engkau ye perempuan dan saya tengok berlambak perempuan itu send gambar tak senonoh dekat telefon suami saya pada hal dia tahu yang dia mesej itu suami orang, semalam pula pagi-pagi dah mesej suami saya, “awak tolong kahwin dengan saya, kita kahwin rahsia, lepas ini awak delete mesej ini tahu,” dia tak tahu saya yang baca mesej itu kerana suami saya tengah mandi.

Alangkah terkejutnya saya, masa itu badan saya dah menggeletar dan saya rasa seperti kaki ini tidak berpijak di bumi, rasa nak marah rasa sedih semua ada, air mata saya mengalir tanpa saya sedar. Kita orang baru nak mengecapi hari-hari bahagia tapi datang pula si perampas ini, sakitnya tak boleh nak cakap, sakit yang ini lagi sakit dari sakit nak melahirkan anak, saya sampai tak selera nak makan nak tidur pun tak boleh asyik teringatkan setiap kata-kata perempuan sial itu.

Mengapa kau datang ketika kami baru sahaja nak kecapi bahagia???? Kau pun perempuan tapi takkan kau tak rasa perasaan aku??? Sanggup kau nak rampas dia dari aku, sekarang ini air mata saja yang menjadi peneman saya siang dan malam, sedih sangat-sangat bila orang yang kita sayang dah mula sayang orang lain, saya dah tak tahu nak mengadu kat siapa.

Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya sekarang ini. Sedih sangat, hanya perempuan yang senasib dengan saya sahaja yang akan memahami masalah ini. Hidup ini ada hukum karmanya sendiri, one day kena dekat anak cucu kau pula, suka-suka saja kau nak rosakkan hubungan kita orang, apa jantan lain dah pupus ke??

Kau memang tak ada hati perut. Buat abang, saya dah korbankan macam-macam untuk abang, saya penat tahu tak, apa lagi yang abang nak?? Makan minum abang saya dah jaga, pakaian abang saya jaga, rumah abang saya kemas, tak cukup lagi ke??? Apa kurangnya saya??? Dan apa lebihnya dia???

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Be the first to comment on "Suami Bersama Dengan Isteri Lepas Balik Kerja Dan Terus Biarkan Isteri Kat Katil Macam Tu Je. Satu Hari Tu Kantoi Rupanya Suami Ada Perempuan Lain. Akhirnya Ini Yang Terjadi Pada Isteri Buat Suami Terkedu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*