Luahan Ahli Keluarga Budak Prmpuan Maut Trtinggal 10 Jam Dlm Kereta Bapa

Arwah adalah anak yang paling rapat dan manja dengan bapanya, dalam kejadian itu, bapanya betul-betul terlupa yang arwah sedang tidur di tempat duduk belakang.”

Itu kata seorang ahli keluarga, Allahyarham Aina Batrisha Aisyah Shaiful Azrul, 4, kanak-kanak yang ditemui meninggI dunia selepas tertinggal di dalam kereta bapanya di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Lalang, Sungai Petani, semalam.

Dia yang enggan dikenali berkata, bapa arwah dilihat begitu sedih dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lima beradik itu.

Katanya, difahamkan dalam kejadian itu, arwah sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit Sungai Pasir, selepas bapanya menghantar adik bongsu mngsa ke rumah sepupu bapanya di kawasan berdekatan.

Pada pagi kejadian bapa arwah terlebih dulu menghantar isteri ke tempat kerja sebelum menghantar anak-anak lain ke sekolah.

” Kemudiannya, bapa arwah menghantar anak bongsu ke rumah sepupu dan sepatutnya selepas itu mngsa dihantar ke rumah nenek, namun bapanya terlupa mngsa tidur di tempat duduk belakang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dia berkata, ibu mngsa yang pulang dari tempat pada jam 3 petang juga tidak mengetahui mngsa tiada di rumahnya neneknya.

Katanya, nenek mngsa juga menyangka bapa mngsa tidak bekerja pada pagi kejadian menyebabkan dia tidak bertanyakan mengenai Aina Batrisha yang tidak datang ke rumahnya.

” Semua tidak menyangka perkara ini berlaku, mungkin ini dugaan buat bagi kami sekeluarga, jadi tolong hentikan segala kecaman terhadap keluarga kami terutama kepada bapa mngsa.

” Kalau tidak tahu cerita sebenar, janganlah membuat andaian sesuka hati ia akan menambah kesedihan hati kami sekeluarga,” katanya.

Katanya, jnazah kanak-kanak itu dijangka akan disolatkan di Masjid Bukit Kecil Simpor Tikam Batu sebelum dikebumikan di Tanah Perkubvran Islam Kampung Bukit Kecil selepas solat Asar.

Kenyataan Ketua Polis Daerah Kuala Muda

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mngsa berusia empat tahun dipercayai ditinggalkan di dalam kenderaan itu hampir 10 jam dalam keadaan tingkap tertutup dan enjin kereta dimatikan.

” Sebelum itu bapa mngsa berusia 30-an itu menghantar kakak mngsa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bayu, Sungai Petani pada 7.30 pagi dan terus ke tempat kerjanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang.

” Mngsa sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir sebelum lelaki itu ke tempat kerja,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Adzli berkata, selepas sampai di tempat kerja, bapa mngsa kemudian keluar memandu lori ke beberapa kawasan sebelum pulang semula ke kilang berkenaan pada 4.30 petang.

Katanya, selepas sampai di kilang, bapa mngsa terus masuk ke dalam kilang dan menguruskan kerja di dalam bangunan.

” Ketika ingin pulang, bapa mngsa melihat mngsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk belakang kereta.

” Lelaki itu terus membuat panggilan kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu, bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggI dunia,” katanya.

Beliau berkata, may4t mngsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat yang dijangka dilakukan pada 10 pagi hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Hmetro

Be the first to comment on "Luahan Ahli Keluarga Budak Prmpuan Maut Trtinggal 10 Jam Dlm Kereta Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*