Menteri Umum Bermula 1 September, Ada Sesuatu Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan Untuk Anak Anak Sertai Aktiviti Sukan Di Sekolah

PUTRAJAYA, 18 Ogos – Kerajaan telah meluluskan beberapa garis panduan bagi aktiviti sukan dan kokurikulum sekolah yang akan berkuatkuasa mulai 1 September ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia merangkumi pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum sekolah secara bersemuka, termasuk latihan amali di luar kelas bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Sains Sukan dalam keadaan terkawal.

Sidang Media Min 13

“Mesyuarat khas pagi tadi pula telah meneliti dan meluluskan pembentangan oleh kementerian pendidikan malaysia mengenai garis panduan aktiviti sukan dan kokurikulum sekolah yang akan berkuatkuasa pada 1 september 2020”.

“Garis panduan ini merangkumi perlaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum sekolah secara bersemuka termasuk latihan amali luar bilik darjah bagi matapelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan serta sains sukan dalam keadaan yang terkawal”.

Antara garis panduan yang perlu patuhi termasuk mendapatkan kebenaran bertulis ibu bapa murid yang terlibat. Jadi ibu bapa mesti beri kebenaran sebelum mereka terlibat dalam aktiviti”.

“Menggunakan bilik mandi persalinan dihadkan mengikut kapasiti. Ini antara antara yang diluluskan. Memastikan penjrakkan fizikal satu hingga tiga meter bagi aktiviti statik dan tiga hingga lima meter bagi aktiviti dinamik”.

“Peralatan perlu dibersihkan dan disanitasi. Jadi antara kokurikulum yang dibenarkan termasuklah aktiviti sukan. Bolas3pak kita dah benarkan, sukan bersentvh kita benarkan, hoki, badminton”.

“Jadi aktiviti sukan ini, kita minta supaya SOP yang dikeluarkan oleh MKN dan KBS dipatuhi. Jadi kita dapat laporan tadi dari kementerian pendidikan dari segi psikologi kanak kanak, pelajar pelajar kita yang terpaksa berada dalam kelas, makan dalam kelas, tidak ada aktiviti luar ianya memberikan kesan kepada kanak kanak ini”.

“Sebab kita sekarang ini, kita benarkan mereka beraktiviti di luar tetapi di dalam SOP yang ketat dan SOP yang lain perlulah dipatuhi. Mulai 1 september 2020, SOP yang details ini akan dikeluarkan di laman sesawang MKN dan juga kementerian pendidikan”.

Jelas Ismail, prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Belia dan Sukan itu perlu dipatuhi.

Sumber : SidangMediaMKN

Via rentasasia

Be the first to comment on "Menteri Umum Bermula 1 September, Ada Sesuatu Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan Untuk Anak Anak Sertai Aktiviti Sukan Di Sekolah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*