Suami & anak pergi menghadap ilahi, kini Nora Ariffin diuji lagi kehilangan ibu

Gambar sekadar hiasan

Setiap yang hidup pasti akan merasakan kematian. Namun bagi penyanyi Nora Ariffin, kebelakangan ini banyak kematian yang berlaku begitu dekat dengan kehidupannya.

Bermula dengan kematian suaminya, Johan Nawawi pada 2017 dan diikuti dengan kematian anaknya pula, Alif Johan pada 2019, satu lagi berita kematian menyusul.

Menerusi Instagram Nora, penyanyi Di Persimpangan Dilema ini memaklumkan bahawa ibu mertuanya, Nora Abdullah (ibu arwah Johan Nawawi) telah meninggal dnia hari ini pada pagi tadi (2 September 2020).

Dalam kenyataannya di media sosial tersebut, dia berharap ibu mertuanya ditempatkan bersama para solehin dan dapat bertemu dengan suami dan anaknya di sana nanti. Sedihnya…

Netizen bersimpati dengan Nora

Rata-rata netizen di media sosial mengucapkan takziah buat Nora dan mendoakan semoga penyanyi ini tabah dengan dugaan yang dihadapinya itu.

Ujian yang menimpa Nora ini juga mendapat perhatian personaliti TV3, Fedtri Yahya yang juga bersimpati dengan penyanyi ini.

Untuk info, arwah Nora Abdullah ialah pelukis komik wanita pertama negara dan terkenal dengan hasilnya tentang lagenda Cik Siti Wan Kembang pada tahun 1955 dan diterbitkan semula dalam majalah Gila-Gila dan Salina pada tahun 1980-an.

Takziah buat keluarga Nora Ariffin. Al Fatihah… 

Sumber: transformasi.pw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Suami & anak pergi menghadap ilahi, kini Nora Ariffin diuji lagi kehilangan ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*