Berita Baik!! Kerajaan Umum Tarikh Bila Dibuka Permohonan Baru Bagi Yang Tak Pernah Dapat BPN Atau BSH Sebelum Ini

PUTRAJAYA: Kerajaan komited untuk memastikan bantuan Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin) dinikmati rakyat memerlukan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata Kementerian Kewangan menerusi unit LAKSANA akan terus memantau pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi dan akan menambah baik langkah sedia.

“Selanjutnya, langkah untuk memperkasakan semula (revitalise) ekonomi akan diperkenalkan semasa Belanjawan 2021 pada 6 November 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej Kita Prihatin bernilai RM10 bilion dalam usaha kerajaan meringankan beban rakyat.

Kita Prihatin merangkumi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM7 bilion, Program Subsidi Upah 2.0 (RM2.4 bilion) dan inisiatif Geran Khas PRIHATIN (GKP) sebanyak RM600 juta.

GKP 2.0 ini dijangka akan memanfaatkan 200,000 PKS mikro untuk membantu aliran tunai serta sebagai modal perniagaan,” katanya.

Bagi Program Subsidi Upah (PSU) 2.0, beliau berkata, peruntukan bagi inisiatif PSU 2.0 berjumlah RM2.4 bilion dijangka akan memanfaatkan 160,000 majikan untuk mengekalkan 1.3 juta pekerja selama tiga hingga enam 6 bulan.

“Penambahan peruntukan PSU 2.0 melalui Pakej Kita Prihatin akan menjadikan nilai keseluruhan Program Subsidi Upah kepada lebih RM17 bilion,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan turut mengambil maklum cabaran yang dihadapi oleh golongan B40 dan M40, justeru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) berjumlah RM7 bilion akan disalurkan kepada mereka yang layak bermula pada hujung bulan Oktober 2020.

Katanya, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan inisiatif BPN melebihi RM18 bilion kepada 10.6 juta penerima, yang merangkumi golongan bujang dan isi rumah.

“Kerajaan juga akan membuka ruang untuk rayuan bagi mereka yang tidak pernah menerima apa-apa bantuan BPN atau Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini.

Permohonan baharu BPN 2.0 dibuka mulai 15 Oktober – 15 November 2020 dan boleh dibuat melalui pautan bpn atau dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) /
UTC LHDNM,” katanya.

Borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan bpn dan pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa permohonan

Sumber bharian

Be the first to comment on "Berita Baik!! Kerajaan Umum Tarikh Bila Dibuka Permohonan Baru Bagi Yang Tak Pernah Dapat BPN Atau BSH Sebelum Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*