Lepas suami muatnaik status di IG, Nadia Brian mula bongkarkan sesuatu tentang rumahtangganya.

Perkongsian suami kepada pelakon Nadia Brian iaitu Muizz Nasruddin menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar serta kapsyen berbaur kekecewaan. Menerusi entri itu. Muizz meluahkan perasaan tiada apa yang lebih menyakitkan daripada dikh1ianati, dikecewakan dan dihi1na oleh orang tersayang.

“Satu hakikat, saya berikan hati dan jiwa. Saya sudah berikan yang terbaik, namun, ia tak mencukupi buat awak. Tiada apa yang lebih menyakitkan daripada dikh1anati, dikecewakan dan dihi1na oleh orang yang kita fikir, takkan melukakan kita,” tulisnya yang disertakan dengan emoji hati pecah

Dalam pada itu. Muizz berkata dia percaya bahawa Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk dirinya dan berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberi sokongan. “Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan atas sokongan moral. Saya percaya, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya.  Insya-Allah, keadilan akan terbukti,” tulisnya. Menerusi perkongsian itu, Muizz turut menanda (tag) nama Nadia di gambar itu.

Nadia Brian Mula Bersuara

PELAKON, Nadia Brian memohon semua pihak supaya bertenang dan mendoakan kesejahteraan rumah tangganya. Nadia ketika dihubungi bagi menjawab teka teki mengenai konflik rumah tangganya selepas suaminya, Muizz Nasruddin memuat naik gambar berserta kapsyen di Instagram, yang memberi gambaran mengenai pergolakan antara mereka.

“Saya harap semua pihak dapat bertenang dan doakan yang terbaik untuk rumah tangga kami. Mungkin dengan berkongsi di media sosial, dia dapat luahkan isi hatinya,” katanya kepada Harian Metro. Katanya lagi, dia menganggap apa yang berlaku ketika ini sebagai ujian bukan saja buat dirinya, tetapi juga rumah tangganya.

“Saya anggap ini ujian untuk diri saya sebagai manusia dan sebagai isteri dalam rumah tangga saya,” katanya. Nadia yang juga bintang filem Ratu Kala Jengking itu tidak menafikan ada pasang surut dalam rumah tangganya.

“Dalam kehidupan berumah tangga, tentunya ada pasang surut dan naik turunnya. Saya pun manusia biasa dan tidak sempurna. Namun begitu, tidak ada apa-apa yang memudaratkan dan saya harap, warganet di luar sana dapat berhenti membuat sebarang spekulasi,” katanya.

Nadia juga berharap agar kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya akan dapat diselesaikan. “Kadang-kadang, sebagai suami isteri mestilah akan ada perselisihan faham. Tapi, semua masalah ada penyelesaiannya,” katanya.

Terbaru, Nadia baru saja selesai menjalani penggambaran untuk beberapa program TV antaranya The Sherry Show dan Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :HM

Cabar Diri Untuk Buat. Nadia Brian Kongsi Pengalaman Dia Berjaya Buat Satu Aktiviti Ini Walaupun Kaki Dia Baru Sembuh

Pelakon jelita, Nadia Brian ada berkongsi cerita bersama pengikutnya menerusi akaun Instagram miliknya.Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi Brian, mengakui ada perasaan takut dan bimbang untuk melakukan aktiviti ekstrem seperti sukan meny3lam.

Bagaimanapun, Nadia memaklumkan telah berjaya melakukan sukan tersebut atas semangat yang diberikan oleh peminat.“Life is not a problem to be solved, but a reality to be experienced.“To be honest, Nadia memang takut nak buat dive. Lagi2, dgn ligaments di ankle siap putvs 2 lagi. Tapi alhamdulillah i managed to challenge myself to do it.

“Itu la orang cakap bila kita betul2 focus, inshaAllah we can do it. Thank u so much to each n everyone yang bagi Nadia semangat, jadi lebih berani & always be positive.“Ok next nak ambil lesen diving! Jom siapa nak teman? #NadiaBrian,” tulisnya.Bukan itu sahaja, rata rata peminat berasa bangga dengan semangat keberanian pelakon berusia 28 tahun itu.Terdahulu, Nadia pernah mengalami luka di bahagian kaki ketika menjalani pengambaran sebuah drama, pada Julai lalu.Video: Instagram Nadia Brian

Be the first to comment on "Lepas suami muatnaik status di IG, Nadia Brian mula bongkarkan sesuatu tentang rumahtangganya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*