Selepas keluar dari mahkamah, Kak KM buat satu kenyataan yang buat ramai orang kurang senang

PETALING JAYA – Anak pelakon Normah Damanhuri, Rose Azlin Rosli didenda RM10,000 di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan memiliki keluaran produk yang tidak berdaftar untuk jualan Januari lalu.

Rose Azlin, 46, atau Kak Nona yang juga kakak kepada instafamous, Liana Rosli dikenali sebagai Kak KM membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret M Bharat.

Mahkamah turut memerintahkan Rose Azlin selaku Orang Kena Saman (OKS) dipenjara empat bulan lagi sekiranya gagal membayar jumlah denda itu dan OKS membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Rose Azlin didakwa memiliki produk Sampah Cleanse sebanyak 99 paket yang tidak berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melanggar Peraturan (7)(1)(a) Peraturan-peraturan Dadah dan Kosmetik 1984.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Premis Chamomile Beauty House di Subang Jaya, di sini jam 11.20 pagi pada 21 Januari lalu.

Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 30(1) peraturan sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Mohd Helmi Azman dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Selangor memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

“Sebagai orang yang dikenali, OKS seharusnya memastikan produk kesihatan yang ingin dijual atau diguna, didaftar dengan KKM dan selamat digunakan oleh orang ramai, ” katanya.

Bagaimanapun Rose Azlin yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan semasa kejadian produk-produknya dalam proses mendapatkan pengesahan KKM.

Selepas selesai di Mahkamah, Kak KM memuat naik satu video yang mengundang kemarahan netizen.

Ini yang dia kata didalam video, dengar sampai habis.

Antara komen-komen netizen.

Alamak guna kabel ker ooo oooo..#pdrm #sprm

Lahh petik2 nama polis apa plk kne mgene.. Adoi

Ternyata kenyataan yang dibuat mengundang rasa kurang senang ramai orang.

Sumber video Omm/olahan RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Selepas keluar dari mahkamah, Kak KM buat satu kenyataan yang buat ramai orang kurang senang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*