Uyaina Arsyad Muat Naik Video Macam Pre Wedding Dengan Fikry Ibrahim. Terkejut Bila Tiba Tiba Fizo Omar Masuk Komen . Selamba Je Fizo Omar Komen Macam Ni.

Buat peminat rancangan Ratu Hijabista 2020 pastinya mengenali dengan dua orang pelakon dan pengacara ini apabila, Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim bertugas sebagai hos rancangan berkenaan. Ternyata, gelagat dua pengacara tersebut mendapat perhatian orang ramai dilaman Instagram milik Uyaina Arshad kerana dia ada berkongsikan satu rakaman video kepada umum.

Sehingga video berkenaan juga telahpun meraih ribuan tontonan daripada peminat dan pengikut lalu menarik perhatian mereka. Bergandingan sebagai hos rancangan Ratu Hijabista. Melalui posting, Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim nampaknya merakamkan video gempak bersama lalu berkongsikan video tersebut kepada umum dan ternyata dalam masa yang sekejap juga video yang dimuat naik ini menarik perhatian orang ramai dengan meraih ribuan tanda suka.

Dalam pada masa yang sama, Uyaina Arshad juga kelihatan sangat cantik dan Fikry juga tak kurangnya apabila mereka berdua mengayakan busana ‘letop’.

Malah, pelakon terkenal Fizo Omar turut tinggalkan komennya dimana ramai setuju bahawa video mereka itu seperti pre-wedding. Diruangan komen juga, selepas bergandingan sebagai hos rancangan Ratu Hijabista dan ternyata  peminat meluahkan hasrat pula untuk melihat mereka berlakon bersama. Ini kerana, Uyaina mahupun Fikry Ibrahim juga pelakon berbakat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Nama Sedang Meningkat Naik Di Indonesia. Uyaina Arshad Nekad Dedahkan Dia Mengalami Satu Sakit Yang Membahayakan Ini Dan Dia Tekad Untuk Lakukan Operasi Jika Perlu

BIARPUN terpaksa melupakan seketika aktiviti seni ketika namanya sedang meningkat naik di Indonesia akibat pandemik Covid-19, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengakui tidak pernah berasa terkilan atau kecewa. Sebaliknya Uyaina atau nama lengkapnya, Saidatul Naseha Uyaina, 28, rancak merencana kerjaya seninya di Malaysia, baik dalam bidang lakonan mahupun pengacaraan.

Percaya segala yang berlaku datang bersama hikmah tersembunyi, Uyaina yang cukup dikenali dengan program Wanita Hari Ini, bersyukur kerana sempat kembali ke tanah air, sebelum penularan Covid-19 bertambah serius di Indonesia.

“Sebelum ini saya sentiasa berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Jakarta. Boleh dikatakan enam bulan di Malaysia dan enam bulan lagi Indonesia. “Pada 31 Disember tahun lalu saya pulang ke Malaysia kerana terlibat dengan sebuah  penggambaran drama.

“Sepatutnya saya kembali ke Indonesia pada bulan Februari untuk program Liga Dangdut di sana, tetapi membatalkan perancangan tersebut apabila mendapati penularan Covid-19 di sana semakin membimbangkan. “Sejujurnya memang banyak program yang melibatkan saya di sana terpaksa saya lupakan termasuk program Puteri Muslimah yang sudah memasuki musim ketiga ,” jelasnya.

Meskipun rindu dengan rutin dan aktiviti seni di sana, Uyaina akur dengan situasi semasa dan meluahkan rasa syukur kerana selamat berada bersama keluarga di tanah air. “Kalau ikutkan rindu, memanglah saya rindu sangat nak kembali bersama teman-teman di sana bekerjasama dalam pelbagai program dan aktiviti seni sebagaimana yang kami lakukan sebelum ini.

“Bagaimanapun, mungkin sekarang bukan masa yang sesuai. Malah saya memutuskan untuk tidak kembali ke sana dalam tempoh setahun dua ini, sehinggalah vaksin ditemui dan keadaan kembali reda. “Jadi buat masa ini saya hanya akan fokus kepada kerjaya di tanah air dan cuba membina prestasi dengan sebaik mungkin menerusi peluang yang diberikan,” akuinya yang turut memuji sikap mengambil berat masyarakat di sana.

Berkongsi perkembangan terkininya, kata Uyaina, selain sibuk dengan program Ratu Hijabista, dia juga akan tampil dengan drama terbaharu, Perempuan Tak Berdosa yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

“Selepas PKP jadual kerja kembali sibuk dengan pelbagai komitmen. Alhamdulillah peluang demi peluang datang dan saya sangat hargai. “Penglibatan dalam program Ratu Hijabista sebagai pengacara juga sangat istimewa kerana dapat bekerjasama dengan idola saya, Puan Seri Normala Samsudin. “Manakala untuk drama pula, karya arahan Michael Ang itu akan mengubat rindu peminat yang sering bertanyakan tentang lakonan terbaru saya,” ujarnya.

Sentiasa ikut nasihat doktor

Melihat kepada kesibukannya dengan kerjaya seni, ramai yang tertanya-tanya tentang keadaan kesihatan dirinya yang sebelum ini disahkan menghidap sakit jantung. “Alhamdulillah keadaan kesihatan saya dalam keadaan yang baik. Meskipun sibuk dengan kerja, saya sentiasa membuat pemeriksaan dengan doktor dan patuh dengan saranan yang diberikan.

“Kalau keadaan memerlukan saya menjalani operasi, saya akan lakukan dan berehat seketika daripada kerjaya seni. Tak mungkin saya mempertaruhkn  kesihatan semata-mata kerana sibuk kerja. “Saya berkongsi tentang sakit saya sebelum ini pun bukan kerana mahukan simpati atau perhatian, sebaliknya untuk berkongsi dan memberitahu orang ramai agar sentiasa menjaga kesihatan.

“Saya mahu beri kesedaran agar kita semua sentiasa positif menjalani kehidupan dan menghargai kesihatan sendiri,” katanya. Menyentuh tentang kehidupan peribadinya, Uyaina lebih selesa untuk hanya bercerita tentang kerjaya seninya. “Saya masih baru dalam industri dan belum ada prestasi membanggakan dalam kerjaya.

“Jadi biarlah saya bina nama dengan prestasi kerja terlebih dahulu, sebelum menjadi tumpuan kerana cerita-cerita bersifat peribadi,” ujarnya yang berhasrat untuk menamatkan zaman gadis sebelum usia mencecah 30 tahun.-sinarplus

P1sau cukur tak kenal jantina. Terkedu bila tiba tiba Uyaina Arshad tampil bersuara lantang komen tentang gelaran tersebut.

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berpendapat golongan wanita perlu punyai duit poket sendiri dan tidak bergantung kepada mana-mana pihak. Jelas Uyaina, duit poket itu boleh digunakan sekiranya keadaan mendesak atau memenuhi keperluan sendiri.

“Sebagai seorang perempuan, kita juga harus ada duit poket sendiri. Harus ada sumber pendapatan sendiri. “Biar tak banyak tak apa. Asalkan itu kita punya. Kalau-kalau kita ada teringin apa-apa, boleh beli sendiri kan?” kongsi pandangannya.

Uyaina pada masa sama menepis dkwaan kebanyakan individu untuk melabelkan wanita sebagai kaki kikiis dan pisaau cukur. “Materialistik. Pisaau cukur. Kaki kikiis. Selalu perempuan kena label macam ini.”Sedangkan ‘pengikiis’ tak kenal jantina. Perempuan ke, lelaki ke, sama je.

“Asalkan poket tebal, duit berkoyan, akaun bank banyak kosong; rupa, hati, perasaan, cinta, umur, status… tolak tepi,” tambahnya. Namun, kata Uyaina lagi masing-masing punyai pilihan untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan cara tersendiri.

“Hidup ni adalah pilihan. Sesetengah orang pilih cara mudah dalam hidup. Sesetengah orang pulak kerja setengah mati mencari rezeki. Lain orang, lain prinsip hidupnya. “Kalau dari kecil dah di didik; nak sesuatu? Usaha. Bukan setiap kali mintak, tiap kali dapat.

“Nikmat tau bila kita dapat sesuatu perkara/benda hasil titik peluh sendiri. Tak ternilai perasaannya kan?” ujarnya. Kenyataan Uyaina itu disokong oleh kebanyakan wanita termasuk beberapa selebriti antaranya Ika Nabella, Lufya dan Lia Natalia.-ctto

Buat Hal Dengan Pengarah. Fikry Ibrahim Perjelas Keadaan Terkini Salah Faham Dengan Pengarah Dan Terbongkar Punca Kejadian Ini Terjadi

Selepas terpalit dengan isu salah faham dengan salah seorang penerbit dan pengarah drama tempatan, pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim tampil menjelaskan perkembangan terkini berhubung isu tersebut.Menurut Fikry, dia berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya ketika ini selain turut memohon maaf andai ada melukai hati mana-mana pihak.

“Pertama kali saya nak ucap terima kasih kepada semua yang menyokong saya atas isu baru-baru ini.“Sejujurnya tiada pun negatif komen yang saya terima. Terima kasih buat mereka yang menasihati saya.“Saya juga ingin memohon maaf sekiranya saya sendiri ada melukai sesiapa dan bagi mereka yang ada melukai saya, saya dah maafkan. Saya faham tidak semua orang  faham mengenai isu ini.

“Bila isu itu terjadi, hidup saya tidak terkesan pun. Saya okay sahaja tiada pula nak sedih-sedih,” jelasnya.Fikry berkata demikian sewaktu ditemui di sesi pengambaran program Ratu Hijabista 2020 yang berlangsung di Sepang International Circuit baru-baru ini.

Ditanya mengapa dia tidak membuat video susulan di platform media sosial, Fikry punyai jawapannya yang tersendiri.“Ada yang tanya saya kenapa saya tidak buat video susulan kalau betul saya tak salah, bagi saya mengapa saya berkata sedemikian kepada media baru-baru ini sebab saya ada hak untuk bersuara apabila nama saya dibusukkan.

“Kemudian untuk saya balas dalam Instagram, ini bukan personal isu saya. Kalau personal isu mesti saya akan kongsikan di Instagram.“Sebenarnya saya hanya memperjuangkan hak saya dan ada beberapa orang yang lain. Dalam Islam pun ada mengajar kita supaya jangan buat perkara yang sia-sia.

“Kalau saya balas semula pun, saya rasa hal ini takkan habis sampai bila-bila.“Tujuan saya untuk menyampaikan perkara berkenaan adalah untuk memberi pengajaran kepada seseorang atau mungkin kepada diri saya sendiri.

“Supaya selepas ini kalau kita ada buat sesuatu projek itu, kita buat dengan cara lebih profesional dan lebih berhemah jangan sampai kita menyusahkan orang lain,” katanya kepada MH.Dalam pada itu, pengacara program Ratu Hijabista 2020 itu turut berharap agar isu tidak dibiarkan berpanjangan

“Kepada si dia, kalau dia ada terasa dengan saya, saya minta maaf. Saya tiada masalah pun dengan dia tapi sama-sama kita boleh ambil pembelajaran.“Kalau kita jumpa di event, bertegur-tegurlah. Janganlah lari-lari.“Buat yang menyokong dan memberi nasihat, saya doakan kalian kekal sejahtera hingga ke akhir hayat dan terima kasih,” akhirinya. Saksikan episod terbaru Ratu Hijabista 2020 yang dihoskan oleh Fikry Ibrahim dan Uyaina Arsyhad pada setiap Rabu pada jam 9.00 malam hanya di Astro Prima (125) dan Prima HD (105).-mediahiburan

Michael Ang bidas Fikry Ibrahim sanggup ketepi tawarannya demi produksi lain hingga dilabel lupa asal usul jadi perbualan ramai. Dia buka mulut rungkai persoalan sungguh mengejutkan

Pengarah Michael Ang membidas pernyataan Fikry Ibrahim mengenai pernyataan menjejaskan reputasi dan kredibilinya sebagai pelakon. Menerusi akaun Instagramnya, Michael juga memberitahu perangai sebenar Fikry selepas aktor itu membuat kenyataan berkaitan dengan seorang pengarah dalam sebuah program hari ini. fikryibrahim Sila hadam Ini! meloditv3 boleh guna ni untuk response I! Semua orang tahu kalau aku nak berang dekat orang aku akan mention nama tak ada maknanya aku nak sembunyi!

“Oh yes satu lagi lupa cakap dari mula nama mu tak ada pun list pelakon yang I nak. Station yang nak walaupun I dah cakap kalau boleh I tak nak guna you selepas mengenali perangai you masa shoot Rahsia Hati Perempuan dan tahu apa you buat kat set Akasia. “Tapi station nak sangat I offer you. Kalau ikut logik bila you tak boleh buat I should be happy! Sekian terima kasih dan pada 2 -3 orang yang dm aku nak defend idola you all. Sila tengok video ni dan hadamkan jugak! Luv u all stay safe,” tulisnya.

Menerusi video itu juga Michael turut menjelaskan mengenai pembayaran harga lakonan. “Alah Fikry cakap jelah nama aku. Aku kan orang tu, memang aku pun. Yang kau terasa aku cakap virus FI tu kau ke? Kau bacalah tu ada ke orang teka kau? “Kalau korang semua nak tahu senang je, ya memang aku offer dia. Waktu aku offer dia, dia kata okay. Dia cuma cakap dia ada Keluarga Badon, 13 episod dan shot lebih kurang 10 hari je.

“Mungkin salah aku sebab aku tak deal harga. Tapi itu memang kebiasannya, tanyalah semua artis yang pernah kerja dengan aku. Kau pun pernah kerja dengan aku. Kau tanyalah manager kau tu. “Kadang-kadang bila dah masuk set baru aku deal harga tapi aku tak pernah kurang, aku tak pernah rasa ada artis yang kata aku bayar dorang kurang. Tu kisah sebenarnya.

“Dan kata aku berkata tak baik pada kau, aku berkata tak baik apa? Aku cakap dengan orang station yang kau mula-mula 10 hari lepas tu kau ada drama sebab itu kau tak nak buat. Jadi aku rasa macam tu. Tapi mereka ada tanya betul ke sebab tu? “Kemudian aku cakaplah mungkin bukan, mungkin sebab hero dia adalah Yusuf Bahrin, you tak nak sebab dia adalah satu management yang you dulu pernah berada dalam tu. I cakap tu je. I kata mungkin, I tak kata ya ke tak,” jelasnya.

Michael Ang, Fikry Ibrahim apa dah jadi ni?

Penerbit dan pengarah, Michael Ang menerusi Instagramnya membalas pengakuan yang dibuat pelakon, Fikry Ibrahim di dalam program Melodi TV3, tengah hari tadi. Michael dalam video yang dimuat naik itu meminta Fikry supaya tidak berselindung dan berterus terang jika benar ada masalah atau mempunyai urusan dengannya. “Tak payah nak Mukmin Mukmin (nama samaran yang disebut Fikry dalam Melodi). Cakap saja nama saya dan memang saya pun.

“Yang awak terasa bila saya sebut mengenai Virus FI itu, kenapa? Awak ke? Tak ada satu pun orang yang teka atau sebut nama awak,” katanya. Menjelaskan mengenai pengakuan Fikry yang mengatakan bahawa reputasinya terjejas, Michael berkata, dia tidak pernah mmengatakan bahawa Fikry berkata tak benar dengan menerima tawaran lain. “Bila cakap saya berkata tak baik awak, saya berkata apa? Saya beritahu orang stesen TV yang awalnya 10 hari (penggambaran lain) dan kemudian awak ada Keluarga Baha Don dan sebab itu tak mahu buat (drama Michael).

“Mereka (stesen) tanya, pastikah itu sebabnya? Jadi saya cakap, mungkin sebab hero dia adalah Yusuf Bahrin, jadi mungkin awak tak mahu sebab dia dari bekas syarikat pengurusan awak. Saya cakap itu saja. Saya cakap mungkin, bukan ya atau tidak,” katanya. Tambahnya, dia juga ada menerima panggilan daripada Fikry, namun terpaksa ditolak kerana masih dalam mesyuarat ketika itu.

“Ada saya cakap awak berkata tak benar, ambil tawaran lain dan tolak tawaran saya di saat akhir? Saya tak cakap begitu. “Ya, semasa awak hubungi saya kali pertama, saya hantar mesej kata akan hubungi semula sebab ketika itu saya sibuk dalam mesyuarat. “Tapi, saya tak hubungi semula sebab tak penting. Dah tak boleh buat, tak boleh buatlah,” katanya. Bercakap mengenai persetujuan bayaran, Michael berkata, sudah menjadi kebiasaan buatnya untuk tidak berbincang mengenai bayaran di peringkat awal.

“Mungkin silap saya, tak persetujui harga, tapi itu memang kebiasaan. Tanyalah artis-artis yang pernah bekerja dengan saya dan awak pun pernah kan, jadi tanyalah pengurus awak yang duhulu. “Kadang-kadang, bila dah masuk set baru kita persetujui harga.

Saya memang begitu, tapi tak pernah ada masalah pembayaran. Saya rasa, tak pernah pun ada artis cakap saya bayar mereka kurang,” katanya. Michael ketika dihubungi juga berkata, dia tidak pernah menggunakan kontrak kerana bekerja atas dasar kepercayaan.

“Tanyalah mana-mana pelakon yang pernah bekerja dengan saya. Saya tak pernah tandatangan kontrak atau apa. Kalau setuju, ‘jalan’,” katanya kepada Harian Metro. Tambahnya, pihaknya juga tidak mewujudkan sebarang kumpulan WhatsApp seperti yang disebut oleh Fikry.-ctto

Be the first to comment on "Uyaina Arsyad Muat Naik Video Macam Pre Wedding Dengan Fikry Ibrahim. Terkejut Bila Tiba Tiba Fizo Omar Masuk Komen . Selamba Je Fizo Omar Komen Macam Ni."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*