Mana nak letak muka ni,suami dituduh mencabul yang hairan nya kenapa lepas dicabul boleh jadi macam ni

Ini sebenarnya kali pertama aku menulis kat sini, tujuan aku hanyalah untuk beri peringatan pada mereka kat luar sana, andai kata ada perempuan yang mengaku dirinya dir0gol atau dicaabul, janganlah terus-terus percaya dan belasah si lelaki kalau ianya belum sahih dan tiada bukti yang jelas.

Bukannya apa, lelaki gla s*ks mungkin ramai, tapi perempuan gla, suka perhatian, perasan atau suka berhalusinasi pun ramai juga.

Baru-baru ni aku terkesan dengan satu kes yang ayah aku cerita, ada seorang pemandu grab lelaki ni dituduh ingin mencbul seorang perempuan warga asing. Belum sempat sampai kat tangan polis, lelaki ni dah dibelasah beramai-ramai oleh penduduk dikawasan itu.

Lepas diselidik punya selidik, rupanya perempuan ni sebenarnya saja mereka-reka cerita sebab nak lari daripada membayar upah grab. Macamana boleh kantoi? Sebab perempuan ni dah laporkan 2 pemandu grab lain sebelum ni atas tuduhan yang sama pada waktu yang berdekatan juga.

Kenapa aku cakap semua ni?

Sebab sebenarnya ada satu kes terjadi pada keluarga aku sendiri dimana abang ipar aku dituduh mencaabul atau lebih dahsyat lagi dituduh atas cubaan mer0gol kawan setempat kerjanya.

Aku ni bukanlah nak bela abang ipar aku sebab dia abang ipar aku.

Tapi aku sendiri boleh nampak yang tuduhan atas dia ni sangat tak logik dek akal fikiran aku, even tak ada bukti-bukti atau saksi kejadian pun yang katakan situasi tu betul-betul terjadi.

Dan aku ni bukanlah jenis suka body shaming orang pun sebab aku tahu dosa kita kutuk ciptaan Allah.

Tapi untuk buktikan kenapa aku rasa benda ni tak logik, sebab perempuan yang buat tuduhan tu langsung tak cantik. Aku mintak maaf tapi memang tak cantik malah tak pandai bergaya langsung walaupun umur dia muda daripada kakak aku, tapi jujur ikhlas aku boleh katakan yang kakak aku 10 kali ganda lebih cantik daripada perempuan tu.

And lebih tak logik lagi, perempuan tu pun dah pun berkahwin and suaminya juga kerja ditempat yang sama dan merupakan kawan kepada abang ipar aku juga.

Kalau ikut logik akallah kan.. gla tak gla abang ipar aku ni nak r0gol isteri kawan dia sendiri? Tak cantik mana pulak tu.

Sudah tu, abang ipar aku ni boleh dikatakan ada rupa.. tinggi lampai, kulit cerah, muka pun boleh tahan. Memang boleh dikatakan hensem jugaklah sampai budak-budak praktikal kat tempat dia selalu nak ngorat-ngorat dia berdasarkan apa yang aku dengar daripada kawan-kawan tempat kerja dialah.

Kalau betul abang ipar aku ni memang gatal, baiklah dia melayan je budak-budak praktikal yang single-single and yang cun-cun tu. Buat pe pulak dia nak dekat perempuan yang sah-sah bini kawan dia.

And kejadian ni pulak kononnya berlaku dekat stor office dimana tempatnya tidak terlalu jauh daripada meja kawan-kawan office yang lain.

Kalau misal kata nak r0gol kat tempat macamtu, jerit sikit pun orang luar boleh dengar.

Abang aku ni pulak dah dekat 10 tahun kerja kat situ dan boleh dikatakan abang ipar aku ni bersih daripada masalah disiplin apatahlagi kes-kes sebegini.

Ini adalah kes pertama dan telahpun jadi kes polis sebab perempuan ni terus report polis dengan suami dia tanpa langsung bersemuka dan berbincang.

Aku boleh kata ni memang kes aniaya sebab kalau ikut logiklah kan (banyaknya guna perkataan logik), kau sebagai suami bila dapat tahu bini kau nak kena r0gol dengan kawan tempat kerja kau, apa kau buat?

Kalau laki aku, memang m4ti orang tu kena belasah dulu.

Ni tidak, tahu-tahu kena masuk lokap atas tuduhan cubaan r0gol. Takde bersemuka atau berbincang, langsung takde.

Perempuan tu pulak katanya sedang trauma, tapi kami punya bukti-bukti dan saksi-saksi yang menunjukkan dia tidak menghadapi trauma langsung sebab lepas daripada kejadian kononnya dia nak r0gol dan sempat melarikan diri dalam keadaan ketakutan tu, esoknya dia reply whtsapp abang ipar aku dekat dalam group officemate dengan emoticon smiley lagi.

Dan dia report kes ni seminggu selepas kejadian kononnya trauma. Duduk kat surau nangis-nangis sedangkan ada saksi yang nampak perempuan ni duduk kat surau gelak-gelak tengok v1deo kat phone.

Kau boleh bayangkan tak betapa glanya perempuan ni?

Dengar cerita datang office berlakon konon-konon tr4uma sangat, tapi elok ha bergelak ketawa dengan budak Lelaki praktikal yang baru masuk. Budak-budak office yang lain semua dah pulaukan dia, takut kena tuduh jugak agaknya sebabtu dia makin g1la.

Abang ipar aku ni daripada apa yang aku nampak sangat baik orangnya, tak pernah berkira dengan kami adik-adik, aku anggap dia dah macam abang sendiri dah. Dia pulak jenis family man, pergi lepak mamak pun ajak kakak aku, berangkutlah semua dengan anak-anak sekali makan kat mamak.

Nak curiga kat dia pun susah sebab dia pun bukan jenis berahsia, password fon pun kakak aku tahu. Kalau nak kata memang gatal, dengan kitorang adik-adik ipar yang ramai perempuan ni pun dia tak pernah lebih batas.

Kesian dekat abang ipar aku sebab benda ni menjejaskan reputasi kerja dia malah menjejaskan emosi dia. Aku rasa macam dia pulak yang trauma sebab sekarang dia macam tak bersemangat nak pergi kerja. Dekat office pun, kemana-mana semua dia pastikan ada orang teman supaya perempuan tu takde ruang langsung nak buat f1tnah lagi.

Nampak macam dia okay, tapi kalau korang kat tempat dia, rasanya korang okay tak?

Mungkin ramai yang tak percaya tapi ada jugak orang lain yang cuba ambil kesempatan atas kes ni mengada-ada cerita yang lain. Biasalah kan manusia..

Aku doakan family kakak aku dilindungi Allah sebab sekarang pun katanya rumah dia macam ada gangguan pelik-pelik tapi aku taknaklah menuduh yang bukan-bukan. Mungkin Allah timpa ujian pada kita untuk kita lebih dekat pada-Nya.

Aku mohon doakan family kakak aku baik-baik saja.

Semoga kes ni selesai segera dan semoga si pemfitnah mendapat balasan yang setimpal. Janganlah aniaya orang, ingat dosa menf1tnah ni kecik ke? Besar tau dosanya.

Semoga dijauhkan daripada kita semua.

Sumber KisahJalanan

Be the first to comment on "Mana nak letak muka ni,suami dituduh mencabul yang hairan nya kenapa lepas dicabul boleh jadi macam ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*