Tak Kek0k Kendali Mesin, Agong Teman Tunku Azizah Bertukang Kayu

Ramai maklum bahawa Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Iskandariah amat meminati seni kreatif. Menerusi laman Instagram, baginda kerap kali berkongsi posting menarik semasa melakukan kerj berseni ini.

Dari mencanting batik, membuat kerja kayu, menyulam dan memasak, Tunku Azizah dilihat langsung tidak kekok melakukan semua aktiviti yang digemari oleh baginda.

Oleh hal yang demikian, menerusi perkongsian santai di Instagram Istana Negara, kelihatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut melakukan kerja kayu bersama Raja Permaisuri Agong.

Aktiviti tersebut dilakukan semasa melakukan lawatan ke Pusat Inkubator Kraf Temerloh hari ini. Baginda berdua berpeluang menyaksikan kerja-kerja penghasilan kraf kayu dan kain batik di lokasi tersebut.

Selain itu, Tunku Azizah turut berkongsi beberapa video pendek di Instagram memperlihatkan Agong mencemar duli mencuba sendiri alatan untuk membuat produk kraf kayu.

Pekongsian yang dibuat oleh Instagram Istana Negara itu telah menerima pelbagai komen positif daripada warganet.

Rata-rata mengakui senang hati melihat pasangan diraja ini yang begitu ‘sweet’ dan terus mendoakan agar baginda berdua dilimpahi kesejahteraan dunia dan akhirat.

Sumber: Istana Negara, Airtangan_Tunku Azizah