Bob Abdullah Chiam – Allah yg ‘PAKS4’ saya masuk Islam

Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar… Sebentar tadi, Bob Chiam, seorang bekas ahli perniagaan beragama Krist1an telah mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluk Islam. Alhamdulilah.

Beliau melalui beberapa fasa kehidupan. Dari beragama tradisional Cina kepada Protestan dan kemudian ke Katolik dan kini kembali ke agama fitrah, Islam. Beliau telah menjadi jutawan pada usia 20an sehinggalah ke lewat 40an tetapi telah diuj1 oleh Allah dengan jatuhnya perniagaan beliau.

Beberapa kali beliau menit1skan a1rmata ketika berkongsi dengan saya keper1tannya mencari kebenaran. Beliau juga menceritakan kepada saya bagaimana kehadirannya di masjid dan surau disambut dingin dan tidak dih1raukan. Sehingga suatu tahap dia memberitahu kepada saya;

“I’ve been praying to Jesus and it took me 30 years to realise that Jesus IS NOT GOD! If I have known someone like you 30 years ago, I dont have to waste 30 years of my life to pray to Jesus who is just human, a Prophet of God but to pray to Allah.”

(Saya telah menyembah Jesus dan saya mengambil masa 30 tahun untuk sedar bahawa Jesus BUKANNYA TUHAN! Jikalau saya kenal seseorang seperti kamu 30 tahun lepas, tidak perlulah saya membazir 30 tahun hidup saya menyembah Jesus yang hanyalah seorang Nabi tetapi menyembah Allah.)

Bab yang paling menyentuh hati saya apabila sebelum mengucapkan syahadah, kebiasaanya saya akan bertanya; “Did anyone f0rce you to be a Muslim?” & tanpa teragak-agak beliau menjawab. “YES! I was f0rce to be a Muslim.”

Terperanjat saya mendengar jawapannya lalu saya bertanya; “Who force you to be a Muslim?”. Dengan yakin beliau menjawab; “ALLAH. IT IS ALLAH WHO F0RCE ME TO BE A MUSLIM. I CANNOT RES1ST THE TRUTH FROM ALLAH.” (Allah. Allah yang mem4ksa saya memeluk Islam. Saya tidak boleh menolak kebenaran dari Allah)

Seusai mengucapkan dua kalimah syahadah, lantas Bob mengucapkan Alhamdulilah berulang kali. Dia terus memberitahu kepada kami, “Now I want to learn how to pray the right way. I want to worship Allah only. Thank you Allah for guiding me back.” (Sekarang saya mahu belajar bagaimana sembahyang dengan cara yang betul. Saya hanya mahu menyembah Allah. Terima kasih Alah kerana memimpin saya kembali.)

Alhamdulilah. Allahuakbar. Beliau berjanji mahu hadir ke MRM 3-4 kali seminggu untuk belajar ttg agama Islam. Beliau ingin menebus kembali kesilapan silamnya yang tidak bersyukur dan menyembah Penciptanya. Welcome back to Islam, Bob Abdullah Chiam.

Kredit; Firdaus Wong Wai Hung – Official

Be the first to comment on "Bob Abdullah Chiam – Allah yg ‘PAKS4’ saya masuk Islam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*