Bacalah surah Al-Kafirun sebelum tidur agar terlepas drpd D0SA SYIRIK

Daripada Farwah bin Naufal al-Asyja’ie, daripada ayahandanya Radhiyallahu ‘Anhu bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda: “Bacalah surah al-Kafirun, kemudian tidurlah selepas selesai membacanya. Sesungguhnya itu adalah pembebas dari syirik.” (Hadith Sahih riwayat al-Imam at-Tirmizi rahimahullah)

Asy-Syeikh Dr. ‘Abdur Razzaq bin ‘Abdul Muhsin al-Badr hafizahullah menyatakan di dalam kitabnya فقه الأدعية والأذكار : Hadith ini jelas menyatakan :
1) Kelebihan membaca Surah al-Kafirun ketika hendak tidur.

2) Galakan agar surah ini dijadikan sebagai bacaan terakhir seorang Muslim sebelum tidur sebagai pernyataan tauhidnya kepada Allah dan berlepas diri daripada segala kesyirikan kepada-Nya.
3) Tiada keraguan lagi bahawa sesiapa yang membacanya, memahami isi kandungannya dan beramal dengan segala tuntutannya, sesungguhnya dia akan terselamat daripada d0sa syirik sama ada secara zahir atau batin.

“Ya Allah, taufiqkanlah kami dan zuriat kami untuk sentiasa membaca Surah al-Kafirun setiap malam sebelum mata kami terlelap tidur seperti yang diajar oleh Rasulullah ﷺ.”

Sumber; Ustaz Salehuddin bin Abu Samah,

Be the first to comment on "Bacalah surah Al-Kafirun sebelum tidur agar terlepas drpd D0SA SYIRIK"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*