[Video]Cipta Sejarah, R0hana Jupri Wanita Pertama Diiktiraf Laksamana Pertama TLDM.

KUALA LUMPUR – Tenter4 Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencipta sejarah apabila seorang pegawai kanan menjadi wanita pertama yang dianugerahkan pangkat Laksamana Pertama hari ini.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany berkata, pemakaian pangkat Laksamana Pertama kepada Rohana Jupri telah meletakkan beliau berdiri sama tinggi bersama barisan tertinggi TLDM dalam kumpulan Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) yang sebelum ini dipeIopori golongan lelaki.

“JLAKS memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju TLDM dan kehadiran beliau sebagai ahli JLAKS pastinya mewakili golongan wanita TLDM dalam membuat keputvsan.

“Kenaikan pangkat ini membuktikan kemampuan dan kredibiliti wanita TLDM diiktiraf oleh pengurusan tertinggi dan sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan kemampuan yang ditunjukkan,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TLDM di KD Sri Gombak di sini hari ini.

Tambahnya, kenaikan pangkat itu juga sekaligus memberi tanggungjawab kepada Rohana untuk melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

“Saya yakin kenaikan pangkat ini akan menjadi sumber inspirasi dan pembuka jalan kepada golongan wanita TLDM untuk terus cemerlang demi perkhidmatan TLDM khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia secara amnya. Saya percaya ada ramai lagi golongan wanita yang akan mengikut jejak langkah beliau,” jelasnya.

Terdahulu pada majlis sama, turut menyaksikan beberapa pegawai kanan TLDM yang lain telah dinaikkan pangkat iaitu Laksamana Pertama Datuk Pahlawan Affendy Suhaimi, yang dinaikkan pangkat sebagai Laksamana Muda dan sekaligus memegang jawatan Asisten Ketua Staf (AKS) Materiel.

Manakala dua pegawai iaitu K0mander Mohamad Zulkefli Mohamood dinaikkan ke pangkat Kepten TLDM, kini memegang jawatan sebagai Pegawai Staf Pengangkutan, Markas Angkatan Tentera Malaysia dan Leftenan Komander Mohd. Syahrum Kamarludin dinaikkan ke pangkat Komander TLDM.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob.

Video:

Sumber: K! ONLINE

Be the first to comment on "[Video]Cipta Sejarah, R0hana Jupri Wanita Pertama Diiktiraf Laksamana Pertama TLDM."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*