Dulu Buat Filem Kvtuk Dan Hlna Rasulullah, Kini Barisan Depan Berdakwah Di Jalan Islam.

Bukan senang untuk seseorang itu menerima perkara baru dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi jika perkara tersebut merupakan satu perkara yang tdak disukainya sebelum ini.

Namun, berkat keluhuran hati dan ikhlas menerima perkara baru, sudah tentu ia akan mendapat kebaikan diatas segala keyakinan yang telah diberikan terhadap sesuatu yang tdak digemari sebelumnya.

Pernah buuruk-buruukkan Rasulullah
Hal tersebut samalah seperti keadaan yang berlaku kepada seorang pengarah filem pendek kontr0versi suatu masa dulu yang berjudul Fitnna. Filem pendek tersebut mengisahkan mengenai Islam0ph0bia dan membuurukkan Rasulullah.

Arnoud Van Doorn yang juga merupakan seorang ahli dewan undangan di Belanda sekitar tahun 2013 merupakan antara yang terlibat dalam pembikinan filem tersebut.

Makin belajar, makin tertarik dengan Islam
Walau bagaimanapun, hati Arnoud mulai terbuka untuk mengenali Islam selepas sedar ada sesuatu yang harus diketahui mengenai agama itu.

Menerusi satu artikel temu bual dalam majalah The Guardians, Arnoud memberitahu bahawa dia mulai mempelajari al-Quran dan semakin dia mendalami hal tersebut, semakin dia merasai ketenangan dengan ayat-ayat suci.

Tambahnya lagi, semakin dia mendalami Islam membuatkan dia kenal akan dirinya dan hal tersebut membawanya sehingga menunaikan ibadah haji .

Giat jalankan kempen
Bermula dari itu, kini, bapa kepada tiga orang anak ini mula menjalani kempen bagi membanteras Islam0ph0bic di Belanda. Dia juga selesa menjalani hidup sebagai seorang Muslim dan menjadi seorang pendakwah bagi menyebarkan Islam dalam kalangan orang muda di negaranya.

Kisah Arnound Van Doorn itu sememangnya menjadi inspirasi kepada semua dan menjadi ikhtibar kerana boleh jadi sesuatu yang kita benci itu akan bertukar menjadi perkara yang paling dicintai.

Sumber : Arnoud Van Doorn, The Guardian

Be the first to comment on "Dulu Buat Filem Kvtuk Dan Hlna Rasulullah, Kini Barisan Depan Berdakwah Di Jalan Islam."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*