Ibu Bapa Mohon Guru Beri Pencerahan Isu Pendidikan

SEREMBAN: Ibu bapa diminta mengemukakan pandangan berhubung langkah untuk membolehkan semua pelajar sekolah dan universiti mendapat pendidikan terbaik dalam keadaan negara dilanda wabak COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen, Datuk Jalaluddin Alias, berkata ia susulan kebimbangan masyarakat terhadap cabaran pendidikan anak-anak yang kini melalui fasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Ketika ini saya melihat pendidikan semakin hari tidak menentu dalam keadaan pandemik COVID-19. Ramai ibu bapa merungut sama ada di kawasan bandar dan luar bandar berhubung pendidikan dan kebimbangan mereka terhadap generasi akan datang hasil kekurangan pendidikan di peringkat rendah, menengah serta universiti kerana kurang mendapat pendidikan secara fizikal (bersemuka).

“Masalah juga perlu dilihat kepada pelajar luar bandar dari segi capaian internet, kekurangan peranti dan kemampuan ibu bapa menyediakan kemudahan pendidikan kepada anak, jadi sebab itu saya kemukakan tinjauan pendapat untuk

Jalaluddin berkata, semua pandangan berkenaan akan dirumuskan pada peringkat jawatankuasa sebelum dikemukakan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan.

Beliau berkata, selain ibu bapa, guru dan kumpulan profesional juga dialu-alukan memberi pandangan mengenai prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan di institusi pendidikan serta keberkesanan PdPR yang digunakan ketika ini.

“Semua dapatan daripada pelbagai golongan termasuk guru amat penting untuk dikumpulkan bagi mencari formula dan solusi terbaik untuk mengatasi masalah pendidikan ketika ini. Apabila formula ini dapat dihasilkan, kita akan kemukakan kepada kerajaan untuk tindakan berkaitan dasar pendidikan negara,” katanya.

Beliau berkata, pandangan berkenaan boleh dikongsikan dalam tinjauan pendapat yang dimuat naik di laman Facebook dan twitter rasminya iaitu Jalaluddin Alias.

Sumber Dipetik Dari Mykmu Dan Bernama

Be the first to comment on "Ibu Bapa Mohon Guru Beri Pencerahan Isu Pendidikan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*