“Syukur, Dapat Kongsi Rezeki,” – Wak Doyok Sumbang 20,000 Pek Shushi Buat Pesakit & Frontliner Di MAEPS

Pelakon dan usahawan, Wak Doyok meluahkan rasa syukur selepas berkesempatan untuk berkongsi rezeki bersama para pesakit dan juga petugas kesihatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Jelas Wak Doyok yang juga merupakan pengusaha jenama SHUSHIWAK, dia bersama para ejennya telah menyediakan sebanyak 20,000 pek shushi untuk disumbangkan kepada pusat tersebut.

“Alhamdulillah syukur team SUSHIWAK dapat berkongsi rezeki dengan pejuang COVID-19 di MAEPS Serdang hari ini.

“Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada sukarelawan, ejen SUSHIWAK yang telah bertungkus lumus menyiapkan SUSHIWAK sebanyak 20,000 biji,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Abang Long Fadil 2 itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Wak Doyok turut menitipkan ucapan penghargaan kepada pihak pengurusan pusat kuarantin tersebut kerana telah merialisasikan hajatnya itu.

“Tidak lupa juga pihak pengurusan dan semua petugas di pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 kerana telah memberi peluang dan kerjasama untuk team SUSHIWAK beramal,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan semoga Wak Doyok sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber : Mediahiburan

Be the first to comment on "“Syukur, Dapat Kongsi Rezeki,” – Wak Doyok Sumbang 20,000 Pek Shushi Buat Pesakit & Frontliner Di MAEPS"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*