Sepupu Khabib Pun Padu

London: UFC akan dapat melihat jelmaan Khabib Nurmagomedov selepas sepupunya, Umar dijangka akan mengikut jejak langkahnya menjadi juara dunia.

Jurulatih Khabib, Javier Mendez percaya Umar akan memenangi tali pinggang kejuaraan dalam tempoh dua tahun lagi.

Pet4rvng berusia 25 tahun dari Russia itu men3w@skan Sergey Morozov pada penampilan pertama di UFC bulan lalu sekali gus mula mengikuti jejak langkah Khabib.

Sepupu Khabib, Umar sertai kejohanan UFC

Mendez berkata, Umar mempunyai masa depan yang cukup cerah.

Dia memberitahu MMA Junkie: “Saya pernah menyatakannya sebelum ini.

“Saya jangkakan dia akan memenangi takhta kejuaraan dan saya 100 peratus percaya kita akan dapat saksikan juara baru.

“Dia perlu memperbaiki prestasinya, tetapi dia semakin hampir untuk menvmb4ngkan setiap l4wannya.

“Anda akan dapat saksikannya memenangi tali pinggang dalam lima atau enam perl4w@nan lagi.”

Khabib yang sudah mengumumkan persaraan adalah pet4rvng paling unggul di UFC apabila memegang rekod tanpa t3w4s 29-0.

Sumber:mymetro

Be the first to comment on "Sepupu Khabib Pun Padu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*