Subhanallah Tvlar Di Media Pokok Berupa Orang Solat

Baru-baru ini v!ral di media-media sosial perk0ngsian foto sebatang pokok ditemui menyerupai orang sedang bersolat berhampiran Masjid Kampung Jerangsang, Benta di Kuala Lipis

Menurut lap0ran, Azman Wahab, 54, berkata, kedudukan pokok itu mula disedari sejak beberapa minggu lalu sebelum gambar pokok berkenaan dirakam anak saudaranya dan dimuat naik di laman sosial Facebook.

Tambahnya lagi, imej batang pokok langsat itu kelihatan seperti orang sedang bersolat terhasil selepas terdapat lingkaran tumbuhan menjalar.

“Pokok ini juga mengadap kiblat berhampiran dengan kawasan masjid di atas tanah milik persendirian.

“Sebelum ini, memang tidak nampak dan hanya beberapa minggu ini baru diketahui,” ujarnya.

Berikut adalah perk0ngsian penuh yang dimuat naik Azman Wahab di Facebook beliau.

Tujuannya memuat naik gambar itu adalah untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT terhadap ciptaan-Nya

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen di Facebook pula mendapati, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dan mendapat reaksi positif oleh mereka yang melihat gambar tersebut.

Rata-rata mereka men!nggalkan komen pada perk0ngsian foto tersebut.

Foto tersebut menunjukkan kekuasaan Yang Maha Esa. – Sumber dipetik dari Says.com, Facebook Azman Wahab

Be the first to comment on "Subhanallah Tvlar Di Media Pokok Berupa Orang Solat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*