Ustazah Asma Harun sekali lagi ‘sound’ penggiat seni, minta henti program m4ks!at – “Kasihanilah diri sendiri, kita semua bakal mati”

PENDAKWAH bebas terkenal, Ustazah Asma Harun sekali lagi membuat teguran terbuka kepada golongan artis dan selebriti agar lebih bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Asma mengingatkan para artis supaya tidak menghidangkan persembahan bervnsur m4ks!at,luucc4h atau yang boleh menjatuhkan m4ru4h.

“Mohon duhai semua artis tanah air atas tiket apa pun sama ada pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara dan lain-lain. Jadilah penghibur yang ada rasa tanggungjawab, tidak menyvmb4ng kepada ker0sakan yang sedia parah ini.

“Hentikan persembahan atau pertandingan bervnsur m4ks!at, berunsur luucc4h dan menjatuhkan m4ru4h.

“Diharapkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, pihak berwajib, Persatuan Seniman dan lain-lain turut boleh memainkan peranan dalam isv begini. Jika tidak dibendung dengan bersungguh, maka normalisasi akan berlaku,” katanya.

Namun dia berharap agar ia tidak dilakukan dengan cara yang boleh melalaikan.

“Iya, kalian diperlukan dalam persada seni, memenuhi fitrah insani, namun bukan dengan cara begini.

“Kasihanilah diri sendiri, kita semua bakal mati, janganlah ditangguh lagi hajat untuk kembali,” ujarnya lagi.

Dalam entri tersebut, pelakon Syatilla Melvin dan Noor Khiriah turut dilihat meninggalkan komen di atas kata-kata ‘peringatan’ yang dikongsikan oleh Asma.

“Terima kasih atas ingatan ustazah. Sejujurnya saya terasa sesuatu apabila baca apa yang ustazah tulis sebab saya pernah berada di fasa berbuat salah.

“Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi atas ingatan untuk terus ke jalan kebaikan,” tulis Syatilla.

“Terima kasih atas ingatan ustazah,” ungkap pelakon Noor Khiriah.

Menerusi laporan mStar terdahulu, Asma melahirkan rasa terkejut apabila menonton video muzik lagu Ayda Jebat berjudul Parah yang dikatakan secara terang-terangan mempamerkan aks! luucc4h dan memalukan.

Sumber:mstar

Be the first to comment on "Ustazah Asma Harun sekali lagi ‘sound’ penggiat seni, minta henti program m4ks!at – “Kasihanilah diri sendiri, kita semua bakal mati”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*