Habiskan Masa Sejam Untuk Bersolek Semata Buang Samp4h Di Depan Rumah

Seorang wanita yang bosan duduk di rumah ekoran daripada perintah berkurung, bertindak memakai gaun mewah yang biasa dipakainya ketika majlis tari menari, semata-mata untuk membuang sampah.

Nicola Matthews, 49, dari Essex, England berkata, selain gaun beliau turut mengenakan solekan dan juga kasut tumit tinggi, seolah-olah mahu ke majlis tarian.

“Saya mendapat idea untuk melakukannya apabila melihat gambar seorang selebriti memakai gaun panjang ketika membuang sam pah, jadi saya membuat keputusan untuk melakukan perkara sama.

“Saya seronok dapat keluar dengan berpakaian cantik walaupun untuk membuang sam pah,” katanya.

Katanya, perbuatan yang mulanya sebagai satu gurauan itu bertukar menjadi rutin buat dirinya pada setiap Rabu untuk keluar membuang sam pah dengan penuh bergaya.

“Kebiasaannya, saya akan meluangkan masa sekitar sejam untuk bersiap termasuk bersolek dan mendandan rambut.

“Pada setiap Rabu, saya akan keluar membuang sam pah dengan berpakaian seperti ini dan meminta bantuan jiran untuk merakam gambar sebagai kenangan,” ujarnya.

Selain itu, beliau pernah mengenakan pakaian sedemikian dan menolak tong sampah sejauh 3.5 batu, bagi mengutip sum ba ngan derma yang akan digunakan untuk tujuan kebajikan.

Sumber: Fox News

Be the first to comment on "Habiskan Masa Sejam Untuk Bersolek Semata Buang Samp4h Di Depan Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*