Tidak Perlu Surat Kebenaran Polis Untuk Rentas Daerah & Negeri, Hanya Perlu Surat Yang Berkaitan

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan ibu bapa yang perlu merentas daerah atau negeri untuk menghantar anak ke asrama menjelang pembukaan sesi persekolahan nanti tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran polis.

Menurut beliau , mereka hanya perlu menunjukkan surat daripada pihak sekolah ketika melalui sekatan jalan raya.

“Pihak guru (sekolah) boleh mengeluarkan surat kebenaran untuk merentas daerah kerana hendak masuk asrama tersebut.

“Perkara ini telah dibincangkan dengan pihak PDRM dan saya baharu bercakap dengan pegawai tertinggi PDRM bahawa perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak polis di setiap daerah di seluruh negara,” katanya semasa sidang media pada Khamis.

Sesi persekolahan bagi Tahun Satu dan Tahun Dua bermula 1 Mac ini manakala murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam (8 Mac) sebelum diikuti sekolah menengah pada April. – Sumber dipetik dari Xtra Dan Mytv

Be the first to comment on "Tidak Perlu Surat Kebenaran Polis Untuk Rentas Daerah & Negeri, Hanya Perlu Surat Yang Berkaitan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*