Bapa terkejut, kantin sekolah sediakan ‘megi kosong’ RM1.50 buat murid makan

Sudah masuk hari ketiga para pelajar memasuki alam persekolahan setelah berbulan-bulan menjalani pembelajaran atas talian sahaja disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 2.0.

Pastinya ibu bapa menjadi insan yang paling kalvt dan peka keatas anak-anak mereka memandangkan pelbagai norma baru yang harus dipatuhi bagi sesi persekolahan kali ini.

Megi kosong je?

Namun begitu, menerusi satu video yang tular sejak semalam, seorang bapa telah memuat naik video makanan anaknya di sekolah dengan harga yang disifatkan tidak berbaloi.

Dalam rakaman tersebut, pemilik akaun TikTok bernama Adamazali0 mengakui terkej0t dengan portion me segera goreng yang dijual kerana agak mahal memandangkan hanya mee segera dan rencah sahaja diletakkan di makanan tersebut.

Nasib bekalkan anak makanan

Menurut anaknya, dia menyangka makanan tersebut adalah mee goreng namun apabila dibawa pulang ia hanyalah mee segera yang sudah kembang.

Adamazali0 bernasib baik kerana membekalkan anaknya yang baru memasuki darjah satu dengan makanan dari rumah untuk dia mengisi perut semasa waktu rehat.

Pihak sekolah kena ambil tindakan

Sehubungan dengan perkara itu, ramai yang telah meninggalkan komen di ruangan TikTok tersebut dengan merasakan tindakan menyediakan makanan yang tidak berbaloi kepada para pelajar adalah sangat tidak wajar.

Mereka memohon pihak-pihak bertanggungjawab lebih peka dengan perkara ini kerana ia melihatkan kesihatan pelajar dan bayaran yang telah dibuat oleh ibu bapa kepada pihak sekolah dalam membekalkan makanan buat anak-anak.

Macam mana tender kantin buat kerja?

Bukan megi tak boleh bawa masuk ke?

Realiti berlaku pada hari ini

Sumber:ohmymedia

Be the first to comment on "Bapa terkejut, kantin sekolah sediakan ‘megi kosong’ RM1.50 buat murid makan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*