Siti Nurhaliza bakal timang anak lelaki, pilih nama bermula Muhammad A – “Hamil kali ini tak boleh makan pedas”

IMPIAN Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk dikurniakan cahaya mata lelaki akhirnya tercapai apabila penyanyi tersohor negara itu berk0ngsi berita gembira tersebut pada Ahad.

Siti, 41, ditemani suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi siaran langsung bersama Shopee mengumumkan jantina cahaya mata kedua yang dijangka akan lahir pada April tahun hadapan.

“Memang secara ikhlas dalam hati, kalau dapat sepasang anak memang seronok. Sebab ada girl dan boy… tapi saya sentiasa terima apa saja yang akan lahir nanti,” kata Siti.

Kandungan Siti kini hampir mencecah lima bulan.

Manakala suaminya yang dikenali sebagai Datuk K mendedahkan nama anak keduanya akan bermula dengan Muhammad dan seterusnya dengan huruf A.

“Semua anak lelaki bermula dengan Muhammad dan nama seterusnya bermula dengan huruf A. Apa-apa pun, saya bersyukur dengan anugerah terindah ini,” katanya.

Penyanyi lagu 7 Nasihat ini turut berkongsi mengenai kerjasama dengan jurusolek artis iaitu Nuex Rosli dengan mengeluarkan produk terbaharu menerusi Shopee Live pada Sabtu.

Pada 1 Disember lalu, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini mengumumkan dirinya sedang hamil empat bulan ketika sidang media pelancaran produk Beausiti X Wonderlab.

Menerusi laporan mStar pada 2 Disember, Siti berkata emosinya mudah tersentuh dan cepat berasa letih di awal kandungannya ini namun tidak mengalami alahan yang ter0k.

Siti juga mengakui timbul kebimbangan hamiil dalam keadaan pandemik Covid-19, justeru itu dia lebih berhati-hati dengan tidak keluar rumah jika tiada urusan penting.

Dalam pada itu, Siti mendedahkan dia tidak boleh lagi makan makanan yang pedas seperti biasa sepanjang tempoh kehamiilannya.

“Saya tak ada mengidam makanan yang bukan-bukan atau yang susah didapati. Cuma, yang saya rasa lain sebelum dan semasa hamiil ini, saya tak boleh makan pedas.

“Sedangkan sebelum ini, saya suka sangat makan makanan pedas. Bila mengand0ng ini, tak boleh pula. Jadi, bila makan itu rasa tak puas. Hanya makan sup dan selera pun tak ada,” ujarnya.

Siti sebelum ini pernah mengalami kegu gu ran pada November 2015.

Dia kemudiannya berk0ngsi berita kehamiilan pada tahun 2017 iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan Datuk K.

Hasil perk0ngsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Sumber:mstar

Be the first to comment on "Siti Nurhaliza bakal timang anak lelaki, pilih nama bermula Muhammad A – “Hamil kali ini tak boleh makan pedas”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*