Anak bongsu dah pandai baca Al-Fatihah, cara didikan Hanis Zalikha & suami dipuji

Baru-baru ini, perkongsian pelakon dan pengacara Hanis Zalikha tentang anak bongsunya, Alisa Aisyah sudah pandai membaca surah lazim iaitu Al-Fatihah, men cu ri perhatian netizen.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, pemilik nama Hanis Zalikha Zainal Rashid itu berkongsi sebuah video memperlihatkan aksi Alisa yang berusia 9 bulan membaca surah Al-Fatihah dengan bantuan ibunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

“Alisa cuba belajar Al-Fatihah. Tengok @thealisaaisyah, bila dengar mommy suruh abang baca, baru dia pantas. Our cheeky little 1 year and 9 months old baby,” tulis Hanis di ruangan kapsyen.

Melalui video berdurasi 1 minit lebih berkenaan, Alisa dilihat sedang duduk di bawah meja sambil membaca surah dengan bantuan ibunya.

Biarpun pelat dan bacaannya masih belum lancar, Alisa tetap membaca surah tersebut dan tersenyum gembira selepas berjaya menghabiskannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan dan kebijaksanaan kanak-kanak itu. Dalam pada itu, mereka turut mengagumi cara Hanis Zalikha dan suami, Hairul Azreen dalam mendidik anak.

Pandai Alisa

Anak2 baya ni mudah serap ilmu ibu bapa ajar

Semoga jadi anak yang bijak & solehah

Hanis Zalikha mendirikan rumah tangga bersama pelakon Hairul Azreen dan mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata bernama Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Sumber:Ohmymedia

Be the first to comment on "Anak bongsu dah pandai baca Al-Fatihah, cara didikan Hanis Zalikha & suami dipuji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*